Bengkel Asas Sains Komputer SBP Zon Utara bersama Kamarulzamri


Hari ini teman menyertai bengkel Asas Sains Komputer, zone utara bersama sifu Kamarulzamri Bakar di SERATAS, Taiping. Antara penekanan yang diberikan adalah bagaimana untuk menggunakan modul yang disediakan MDEC untuk memudahkan pembelajaran Asas Sains Komputer Tingkatan 1.

Dikongsi juga template lesson plan untuk memudahkan urusan cikgu merancang pengajaran. Untung le cikgu-cikgu ASK sebab bahan sokongan yang diberikan amat membantu, cumanye isunya sekarang di sekolah-sekolah kalau nak cetak modul sumber duit masih lagi belum jelas.
Isnin, 13 Februari 2017
Posted by Cikgu Siber

Sekitar seminar STEM - Nurturing 21st Century Classroom

Hari ini teman menyertai satu seminar mengenai STEM dan aplikasinya dalam kelas abad ke-21. Program anjuran syarikat solusi pendidikan, Eduspec ini disertai oleh beberapa sekolah swasta dan SBP atas jemputan. Teman bersama Cikgu Nik, seorang cikgu Sains (Fizik) juga dari sekolah teman. Akibat tiada pengangkutan sekolah pada hari tersebut, kami memilih untuk bergerak dengan bas sehari sebelumnya dan menginap di salah sebuah hotel bajet sebelum ke Tropicana Golf & Resort Petaling Jaya.


Setelah perasmian oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Swasta, sesi pertama dimulakan dengan syarahan oleh Mr. Timothy Friez, COO bagi Robomatter Inc. Amerika Syarikat. Beliau membicarakan mengenai Computational Thinking (CT) dalam kelas abad ke-21.  Beliau menekankan CT perlu digunakan dalam semua disiplin ilmu kerana ianya merupakan satu paradigma baharu. 


Seterusnya, pentas diambilalih oleh Mr. Jerome Lo dengan pasukannya dari Eduspec untuk LIVE DEMO mengenai kelas abad ke-21.  Beberapa inovasi teknologi daripada Eduspec dipaparkan untuk memudahkan urusan pendidik yang sudah pasti anda perlu membayar kos tertentu untuk mendapatkannya. 


Seterusnya, setelah tea break, giliran Ms. Ng Puay San pula mengambil pentas untuk tajuk Overview of STEM with Computer Science. Ms Puay membincangkan mengenai STEM dan bagaimana intergrasi kelas dengan dunia sebenar untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran teknikal dan pembangunan profesional yang mereka perlukan menerusi sains komputer. Beliau seterusnya mendedahkan kandungan kurikulum STEM for Computer Science yang dirangka pihaknya untuk pembelajaran. 


Seterusnya, Pengetua SJKC Choong Wen, Mr Wong Shee Fatt berkongsi amalan terbaik projek STEM di sekolahnya yang membuahkan hasil yang amat mengagumkan. Kejayaan ini bukan satu usaha yang mudah kerana ianyanya memerlukan strategi yang betul seta sokongan dari pelbagai pihak. 


Mr. William Law pula selepas itu membincangkan mengenai STEM with Robotics yang memberi fokus kepada pembangunan robot fizikal untuk pertandingan. Beliau mempelkenalkan format pertandingan untuk tahun hadapan dan pasukan beliau melakukan demo bagaimana segala mekanisma berfungsi. Sesi diteruskan dengan perkongsian ringkas dari Mr. Gino Luayon bertajuk Journey towards STEM Education: A St. Scholatica College Experience.  





Tahniah diucapkan kepada HELP International School kerana sangat bertuah terpilih dalam cabutan bertuah - memperolehi hadiah utama bernilai RM24,000 daripada Eduspec  Seterusnya Mr. Lim Eh, CEOEduspec mengucapkan terima kasih kepada semua peserta dan berharap  segola perkongsian akan memberi manfaat kepada semua peserta. 

Program tamat pada jam 2.30. Seterusnya saya perlu ke SKMM, Cyberjaya untuk mengiringi pelajar ke satu HACKATHON yang akan berlangsung di sana selama 30 jam tanpa henti. 











Selasa, 25 Oktober 2016
Posted by Cikgu Siber

Zheng Xin Yong, rakyat Malaysia terpilih sebagai finalist di Google Science Fair 2016

Menerusi projek Simple chemiresistor-based alkane sensor to detect lung cancer from the exhaled breat, seorang rakyat Malaysia berusia 18 tahun yang berasal daripada Seremban telah mengharumkan nama Malaysia apabila terpilih daripada beribu penyertaan dari seluruh dunia.

Google Science Fair merupakan sebuah pertandingan sains dalam talian yang terbuka kepada pelajar seluruh dunia (peringkat antarabangsa) antara umur 13 sehingga 18 tahun. Ianya menawarkan hadiah yang amat lumayan daripada Google serta penaja khas.




Jumaat, 30 September 2016
Posted by Cikgu Siber

Pendaftaran LEAPS 2016 dibuka sekarang!



Pihak Frogasia telah membuka pendaftaran awal kepada para pendidik untuk menyertai Leaps of Knowledge 2016 dengan yuran hanya RM30 sahaja. ianya akan berlangsung pada 30 November 2016 di JW Marriott Hotel, Kuala Lumpur  bermula jam 8:30am - 5.00pm. Tempoh pendaftaran awal adalah dari 10 sehingga 30 September 2016. 

EARLY BIRD REGISTRATION

Mengenai Leaps of Knowledge atau disebut sahaja 'Leaps' oleh komuniti pendidik merupakan satu program yang saya sertai tanpa sengaja pada tahun lepas apabila terpilih untuk menerima salah satu kategori anugerah yang dipertandingkan. Lebih manis apabila anugerah tersebut disampaikan oleh puan Cathy Davidson, seorang tokoh yang terkenal dalam dunia e-learning dari US.

Masih teringat lagi layanan istimewa yang diberikan apabila diberi peluang merasai kemewahan bermalam di JW Marriot Hotel serta diberi pula duit belanja perjalanan yang bukan sedikit. Saya berpeluang menyertai semua aktiviti serta ditempatkan bersama pasukan "Ask the Expert" untuk berkongsi sedikit ilmu kepada peserta yang hadir. Saya melihat program ini merupakan satu pendedahan yang baik kepada para pendidik, untuk memberi mereka kemahiran terkini teknologi pengajaran serta sumber inspirasi untuk lebih maju dengan menampilkan beberapa tokoh pilihan. 


Isnin, 19 September 2016
Posted by Cikgu Siber
Tag :

Malaysia Computing Challenge 2016 (MCC 2016)


Malaysia Computing Challenge 2016 anjuran Malaysian Informatics and Programming Society (MIPS) merupakan salah satu cabaran terbuka peringkat kebangsaan yang melayakkan peserta ke peringkat seterusnya iaitu Malaysian Computing Olympiad (MCO), Asia Pacific Informatics Olympiad (APIO) sehinggalah cabaran kemuncak International Olympiad in Informatics (IOI) yang akan diadakan di Tehran, Iran pada tpada 28 Julai - 4 Ogos 2017. Pencapaian terbaik Malaysia di IOI semenjak 2012 adalah pingat GANGSA untuk 3 tahun berturut-turut (2014, 2015,2016). 

Pada cabaran MCC kali ini para peserta perlu menguasai bahasa pengaturcaraan popular Python, C++ atau Java. Selain sumber pemberlajaran yang banyak di Internet pihak penganjur juga menyediakan program tutorial pembelajaran sendiri iaitu 9 Days of Code, memberi fokus kepada perkasa asas dalam Python 3 menerusi aplikasi Hackerrank. Bakal peserta juga boleh mengakses Beginer's Guide untuk sumber pembelajaran tambahan bagi peserta yang baru ingin menceburi bidang pengaturcaraan.  Seterusnya, pendaftaran akan dibuka sehingga  23 September 2016. Cabaran akan bermula serentak pada 1 Oktober 2016 (Sabtu) bermula jam 3:00 petang sehingga 6:00 petang (GMT+8).  Maklumat dibawah merukan tarikh penting untuk anda. 



IMPORTANT DATES

  • 1 September 2016 (Thursday): Letter of invitations in English or BM.
  • 10-18 September 2016 (Saturday)9 Days of Code, a basic programming tutorial for beginners (in Python); it is highly recommended to take this tutorial. In the meantime, past year problems (MCC 2015) and Beginner’s Guide are available.
  • 23 September 2016 (Friday): Deadline for registration.
  • 28 September 2016 (Wednesday): Deadline for contestant info registration. All contestants will need to submit this form.
  • 1 October 2016 (Saturday) 3:00pm-6:00pm (GMT+8) : MCC 2016 Competition.

2016-17 SEASON SCHEDULE

  • 1 Oct 2016: Malaysian Computing Competition (MCC) 2016
  • Dec 2016: MCO Dec Camp
  • Jan, Feb & Mar 2017: MCO Selection Exams
  • Apr 2017: Malaysian Computing Olympiad (MCO) 2017
  • May 2017: Asia Pacific Informatics Olympiad (APIO) 2017
  • 28 July – 4 Aug 2017: International Olympiad in Informatics (IOI) 2017 in Tehran, Iran
Jumaat, 2 September 2016
Posted by Cikgu Siber

Sertai JBK2016, belajar asas pengaturcaraan percuma


Jom Belajar Koding (JBK) adalah sebuah program yang dicadangkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang dikelolakan oleh Biro Profesional Muda (BPM) selama dua hari untuk setiap sesi. Program ini menyasarkan 2,000 penyertaan anak muda di seluruh negara secara keseluruhan bertujuan bagi memberi pendedahan awal dalam penerokaan platform IT seterusnya menarik minat mereka meneraju ke arah masa hadapan IT.

Kepentingan Belajar Koding
Di zaman moden ini, ilmu koding bukan lagi satu kepentingan tetapi merupakan kemahiran asas bagi setiap individu. Untuk mara kehadapan, anak-anak muda Melayu tidak boleh tertinggal lagi dalam M keempat ini. (Membaca, Menulis, Mengira, Mereka Kod). Kekurangan individu dalam kemahiran ini menyebabkan permintaan yang tinggi untuk pereka koding di negara ini.

Siri Jelajah
Nantikan 6 buah jelajah yang akan berlangsung di Johor (26 & 27 Mei), Terengganu (belum ditentukan), JBK Perak (27 & 28 Mei), Melaka (belum ditentukan), Selangor (belum ditentukan), Pulau Pinang (1 & 2 Oktober) 

Layari http://jtk.my untuk maklumat lanjut.
Khamis, 1 September 2016
Posted by Cikgu Siber

Tiada lagi Google On Air selepas 12 September, pengguna diminta ke Youtube Live

Tahun lepas Google On Air menjadi hangat sebentar apabila ia digunakan dalam beberapa siri pengajaran WLL serta beberapa buah seminar online antaranya anjuran Google mengenai teknologi pendidikan di Malaysia. Saya sendiri menggunakan aplikasi ini untuk mendapatkan beberapa keping sijil untuk kursus yang ditawarkan.



Bermula pada 2012,akhirnya  Google mengambil keputusan untuk menghentikan aplikasi ini dan meminta pengguna memanfaatkan teknologi Youtube Live yang telah diperkenalkan. Ini bermakna tiada lagi ciri-ciri khusus yang penting untuk perbincangan seperti Q&A serta Showcase. Apakah pandangan ada terhadap keputusan terkini Google ini?

Sumber: Youtube Help
Rabu, 17 Ogos 2016
Posted by Cikgu Siber
Tag :

Pelancaran MDEC My Digital Maker

Satu lagi acara penting yang saya ingin sertai (tapi terlepas peluang) selain Leaps 2016 adalah pelancaran My Digital Maker dibawah inisiatif My Digital Movement oleh MDEC. Selaku GPB bagi sekolah-sekolah SGE kami dijemput untuk menyertai pelancaran program tersebut oleh PM seterusnya perlu hadir bermesyuarat penyelarasan pada petangnya. Namun, kerana perlu menguruskan hal-hal untuk majlis anugerah kecemerlangan sekolah termasuk satu sesi rehearsal, saya terpaksa berkorban untuknya. 

Pelancaran My Digital Marker merupakan satu gerakan baru dalam usaha kerajaan melahirkan generasi pencipta menerusi bidang perkomputeran. Ianya dilancar seiring dengan pengenalan matapelajaran baru untuk tahun 2016, Asas Sains Komputer. Mengenai ASK, saya terlibat secara langsung dengan program rintis MDEC bersama KPM dalam usaha menguji pendekatan terbaik dalam penerapan sulibus terbaru ini. Secara peribadinya, ASK merupakan satu subjek penting dalam era baru yang dapat memenuhi tuntutan semasa abad ke-21. 


Berikut merupakan video promo sewaktu program pelancaran dalam gerakan ini. Dua pelajar saya yang sedang saya latih untuk menghadapi satu pertandingan peringkat dunia juga muncul di dalam video promo ini. Laporan mengenai program tersebut boleh dibaca disini.


Sabtu, 13 Ogos 2016
Posted by Cikgu Siber

Peserta KMC 2016 boleh meyemak keputusan ujian anda sekarang!



Perhatian kepada para peserta Kangaroo Math Malaysia 2016, anda kini boleh meyemak keputusan ujian anda sekarang pada PAUTAN INI. Berikut pula merupakan senarai pemenang untuk Grand Prize bagi setiap kategori:

PRE-ECOLIER

SJK(C) KWANG CHIEN STEPHANIE CHIENG HUEI WEN
SK SAUJANA IMPIAN 2 NISA QYRA BINTI SUHAIMI

ECOLIER

ACADEMY TEAMMATHICSKHOO KAI YANG
ACADEMY TEAMMATHICSEUGENE HWANG
SJKC PEREMPUAN CHINAALISHA KOAY PEI ZHEN
SJKC TUN TAN CHENG LOCKAIDAN ONG MING FENG
NOBEL INTERNATIONAL SCHOOLKOH HOE THEEN
LIBYAN SCHOOLOMAR KHALED MOHAMED SHAKTUR
SJKC KWANG HWACHIN JUN HENG
SJK(C) TUNG HUABRYAN NGU ZHU KIET

BENJAMIN

SJKC JALAN DAVIDSONTHAM CHUN SHEN

CADET

ACADEMY TEAMMATHICSLEONG CHEE YIN
SMJK CHUNG LINGEUAN LIM

JUNIOR

CHONG HWA INDEPENDENT HIGH SCHOOLTAKEDA SHIGENORI

STUDENT

ACADEMY TEAMMATHICSSATHYANARAYANAN RAAMAMURTHY
SUNWAY COLLEGETAN KIN AUN
CHONG HWA INDEPENDENT HIGH SCHOOLYEAP HENG YII
SMK BANDAR UTAMA DAMANSARA 3TAN LI XUAN
SM TSUN JINCHOW KIEN KENT

Tahniah diucapkan kepada para peserta yang berjaya. Kini anda boleh menempah bahan persediaan untuk menghadapi cabaran Kangaroo Math Malaysia 2017 di http://www.kangaroomath.com.my
Rabu, 13 Julai 2016
Posted by Cikgu Siber

Bermulanya penataran subjek baru Asas Sains Komputer untuk 2017

Saya terlibat secara langsung dalam program rintis Asas Sains Komputer bersama MDEC pada tahun 2015. Inisiatif yang digelar Digitech@Schools memilih beberapa sekolah dari seluruh negara dari pelbagai kategori sekolah untuk menguji sebahagian daripada  kurikulum yang dirangka. 

Keputusannya akan menentukan kurikulum akhir yang akan digunakan bermula tahun 2017. Untuk makluman inisiatif ini telah bermula di sekolah rendah 3 tahun yang lalu dimana pelajar tahun 4 sehingga 6 diajar asas pengaturaraan merentasi subjek tertentu. Kini, pelajar tersebut di tahun 6 dan Asas Sains Komputer akan menyambut kumpulan ini dengan kandungan yang lebih mencabar pada tahun hadapan. 

Untuk tahun hadapan tiada lagi program ICT Literacy (ICTL). Ianya diganti dengan Asas Sains Komputer (ASK) dengan 2 jam waktu seminggu. Menariknya ianya akan dijadikan matapelajaran pilihan wajib bagi pelajar tingkatan 1. Mereka boleh memilih salah satu sama ada untuk menyertai kelas Rekabentuk & Teknologi (RBT) yang mengantikan subjek Kemahiran Hidup Bersepadu atau menyertai kelas Asas Sains Komputer. 

Sepanjang hari ini saya menyertai satu taklimat pengenalan Asas Sains Komputer di BTPN Perak bersama jurulatih utama yang telah diberi pendedahan di peringkat kebangsaan. Ini merupakan permulaan bagi penataran subjek baru ini dimana semua jurulatih utama selain sesi taklimat ini akan perlu mengikuti satu sesi lain secara bengkel selama tiga hari. 

Sepanjang sesi taklimat saya pertamakalinya melihat sulibus yang dihasilkan. Ianya selain mengfokuskan konsep asas ilmu Sains Komputer ia juga menerapkan elemen kretiviti menerusinya. Aplikasi Scratch yang diperkenalkan semasa kumpulan pelajar ini di sekolah rendah diberi lebih pendedahan untuk mereka lebih memahami konsep asas pengaturcaraan. Selain itu untuk pelajar tingkatan 1 mereka perlu menguasai bahasa pengaturcaraan HTML sebagai permulaan sebelum beralih kepada bahasa pengaturcaraan yang lebih mencabar untuk tahun seterusnya. 

Bersedia dengan keperluan sulibus, beberapa panduan serta modul disediakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan dan juga MDEC. Saya telah mencuba modul daripada MDEC semasa program rintis dan terbukti modul yang dibangunkan bersama ARUS Academy amat menarik sekali. Ia dirangka dengan memberi misi kepada pelajar untuk dilaksanakan. Menerusinya pelajar akan belajar konsep asas komputer secara tidak langsung dengan objektif pembelajaran tercapai.

Soalan yang penting yang ditanya semasa sesi taklimat adalah berapakah jumlah kelas yang ingin ditawarkan. Bolehkan sekolah menawarkan hanya subjek RBT sahaja atau semuanya ASK. Jawapan yang diberikan ianya terpulang kepada kesediaan sekolah dari segi fasiliti dan tenaga pengajar. Selain itu, ia juga bergantung kepada permintaan pelajar untuk menyertainya. ASK merupakan satu subjek yang agak mencabar. Berdasarkan pengalaman kami menjalankan projek rintis,  tidak digalakkan untuk pelajar kelas akhir untuk menyertai kelas ini.

Kesimpulannya, pengenalan ASK merupakan satu tindakan yang wajar dalam usaha kerajaan melahirkan generasi pencipta disamping mengajar kretiviti dan kemahiran penyelesaian masalah menerusinya kepada pelajar. Guru yang tiada asas dalam dunia Sains Komputer tidak perlu risau kerana semua bahan, modul serta tugasan telah disedian. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator dan percayalah pelajar akan belajar lebih pantas daripada anda setelah subjek baru ini diperkenalkan. 

Bergambar bersama kumpulan jurulatih utama Perak



Posted by Cikgu Siber

Google melancarkan Google Expeditions, VR kini di di dalam kelas

Hari ini Google telah memperkenalkan Google Expeditions setelah menguji versi percubaannya selama beberapa bulan kepada umum. Saya turut terpilih untuk menggunakan Google Expeditions Beta setelah mengisi borang permohonan kepada mereka Februari lalu. 



Google telah bekerjasama dengan pendidik dan pereka bahan pengajaran dan pembelajaran untuk mencipta lebih dari 100 lawatan yang menakjubkan, dengan tujuan memberi peluang kepada para pelajar menimba pengalaman baru. Aplikasi yang ditawarkan adalah percuma dan Play Store, seterusnya sekolah boleh membeli set kit VR daripada Google ataupun boleh membeli kit sendiri. 

Masih ingat lagi semasa belajar matapelajaran Geografi di sekolah menengah pada tahun 2000, imej di buku teks amat penting untuk memberi gambaran sesuatu tempat. Selain itu, kami juga merujuk kepada globe dan atlas di dalam bilik Geografi. Kemudiannya, apabila datangnya aplikasi Google Earth, ianya membuka dunia dengan lebih luas dalam dunia pendidikan. Kini teknologi VR memberi satu pengalaman baharu dengan paparan lebih nyata dan jelas.







Ketahui lebih lanjut mengenai Google Expeditions

Khamis, 30 Jun 2016
Posted by Cikgu Siber

Frog VLE memperkenalkan beberapa ciri-ciri baru



Menerusi email yang baru sahaja diterima, Frog VLE memaklumkan membawa beberapa penambahbaikan menarik telah dilakukan untuk memudahkan proses penyuntingan laman. Penaiktarafan Frog VLE 2016 yang terbaru ini tertumpu kepada meningkatkan pengalaman pengguna dalam mencipta, mengisi, menghias dan mengemas kini Laman (Site). Penaiktarafan ini turut menambah baik beberapa fungsi yang sedia ada. Berikut merupukan penambahbaikan yang dilakukan:



FUNGSI BARU
Alat Pemindahan Laman (Site Transfer Tool)
Dengan fungsi ini, pengguna (guru) yang berpindah ke sekolah baharu boleh membawa bersama laman yang mereka telah hasilkan di sekolah lama, ke sekolah baharu mereka menerusi VLE.

Wizard Penghasilan Laman (Site Creation Wizard)
Fungsi ini membolehkan pengguna menghasilkan Laman dengan lebih mudah dan pantas dengan Templat Laman yang disediakan oleh anda, sekolah anda ataupun yang sediakan oleh Frog.

Cetakan Laman (Site Printing)
Pengguna kini boleh mencetak Laman mereka sekiranya perlu dan fungsi ini berguna untuk tujuan rekod dan dokumentasi.

Pemberitahuan Emel (Email Notifications)
Fungsi ini membolehkan pengguna menerima pemberitahuan berkaitan Frog VLE menerusi e-mel. Pengguna boleh menetapkan sendiri jenis pemberitahuan yang ingin diterima serta e-mel utama mereka.

Maklumat Laman (Site Information)
Fungsi ini membolehkan guru di sekolah yang sama untuk menyemak: Butiran Pencipta Asal Laman tersebut , Rekod Pengeditan, serta Rekod pemilik-pemilik Laman tersebut.

Autosimpan Laman (Sites Autosave)
Dengan pengenalan fungsi Sites Autosimpan, segala usaha pada Laman anda terselamat daripada risiko talian internet terputus atau sistem komputer tidak berfungsi secara tiba-tiba! Laman anda boleh disimpan secara automatik dalam kadar masa 10, 20 atau 30 minit, berdasarkan apa yang anda tentukan.

Tambahan Susun Atur Laman (Additional Site Layouts)
Kini terdapat lebih 10 pilihan susun atur laman yang baharu dan pengguna boleh memilih susun atur dengan 5 atau 6 panel.

Ubah Warna Latar Belakang Laman 
Kini anda boleh pilih dan ubah warna latar belakang Laman anda! Jika Laman anda menggunakan latar belakang yang datang bersama tema yang dipilih, kini anda boleh memilih untuk menukarkannya kepada warna lain.

Penyerlah Teks
Anda kini boleh memilih warna latar belakang untuk widget Teks. Pendek kata, ia seperti anda menyerlahkan ayat-ayat tertentu di dalam Laman anda.


Untuk senarai penuh fungsi baru serta penambahan ciri-ciri sedia ada, sila layari
Selasa, 21 Jun 2016
Posted by Cikgu Siber

- Copyright © Cikgu Razif -C2R Official Blog- Powered by Blogger - Designed by razxxf -