Posted by : Cikgu Siber Khamis, 17 September 2015

Nama saya tersenarai sebagai Top 4 dalam 1Bestarinet Teacher Awards 2015 yang lepas. Saya menerima email daripada penyelaras anugerah, Chan Hui Su meminta maklumat tambahan untuk ditentukan nama akhir penerima anugerah di akaun email 1Bestarinet. Namun. saya yang jarang sekali membuka peti email tersebut, lebih selesa menggunakan email peribadi sehinggakan saya terlepas peluang, tidakpun membalas email mereka.  

Setelah nama disiarkan, saya diumumkan sebagai  Honorable Mention  bagi kategori Best Advocate Teacher. Itu sudah cukup bagi saya. Bukan nama dan anugerah yang dikejar sebenarnya, tetapi satu kredit dan promosi untuk projek yang saya dan rakan-rakan jalankan dengan penat lelah bersama pasukan Student Frog Champions jv. SEMESTA STUDIO untuk meningkatkan penggunaanVLE. Saya sedari begitu mencabar untuk menggalakkan ibubapa mendekati VLE kerana realiti latar masyarakat luarbandar dan faktor kemudahan disini.


Apa yang cuba dikongsi oleh saya adalah idea. Program Jelajah VLE yang saya jalankan pada Mac lepas jika dilakukan oleh setiap sekolah, ianya sedikit sebanyak dapat mempromosikan VLE terus kepada masyarakat. Pelaksanaannya pula, bergantung kepada kesesuaian sesuatu tempat atau komuniti. Sebelum itu perlu difikirkan atas kepentingan apa ibu bapa perlu menglog masuk kedalam palatform VLE, dan adakah guru-guru serta pelajar sudah cukup menggunakan platform tersebut sebelum mempromosi kepada mereka. 


Disenaraikan 6 idea untuk menggalakkan ibu bapa menggunakan paltform Frog VLE. 

1. Memaut/membenamkan aplikasi berkaitan ibu bapa di dashboard sekolah
Aplikasi yang berguna seperti SAPS Online (akses ibubapa) boleh dibenamkan bersama laman dashboard. Ibubapa akan ke laman khas ini  untuk menyemak keputusan peperiksaan dalaman anak mereka. Proses benaman web (embed site) bermaksud  ibu bapa perlu memasuki laman VLE dahulu, web SAPS Online yang dikendalikan oleh KPM akan diletak diatas palatform VLE untuk beroperasi. Benamkan juga laman web yang dirasakan berguna untuk mereka dan juga sesuai dengan selera mereka.

2. Siri Jelajah VLE
Sepasukan Student Frog Champions digerakkan secara roadshow ke kawasan tumpuan orang ramai menawarkan apa yang boleh dilakukan oleh Frog VLE. Tunjukkan kepada ibubapa bahawa dengan VLE kita dapat gunakan untuk urusan berkepentingan seperti menyemak keputusan peperiksaan anak, menyemak BR1M, menyemak saman trafik dan sebagainya. Sediakan pencetak untuk mencetak terus halaman perkhidmatan yang mereka kehendaki. Semua aplikasi ini dipaut/dibenam terus dari platform VLE.





3. Kempen Penggunaan
Student Frog Champions perlu mencetak poster dan brosur manual pengguna bagaimana FROG VLE dapat membantu pelajar dalam pembelajaran dan ibubapa untuk memantau perkembangan pelajar. Kempen ini juga boleh menumpang beberapa program sekolah atau komuniti dengan mengarahkan pasukan ini membuka Booth VLE. Sebagai contoh, promosi dijalankan semasa mesyuarat PIBG, Hari Bertemu Waris, sambutan Maulidur Rasul masyarakat setempat atau program komuniti.





4. Kerjasama dengan PIBG
Pihak sekolah boleh meminta pihak PIBG membentuk sekumpulan ibu bapa yang boleh memberi komitmen dan cekap berkomputer untuk dilatih menggunakan platform ini. Guru-guru kepada anak kumpulan ibu bapa ini haruslah menggunakan platform ini secara total. Lantik seorang guru yang berkomitmen tinggi dan cekap ICT (bukan pentadbir VLE ataupun bukan jawatankuasa PIBG) untuk bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kumpulan ini. 

5. Anugerah VLE untuk ibubapa
Intensif seperti ini juga penting untuk menggalakkan ibubapa supaya lebih bersemangat menggunakan platform ini. Namakan dengan nama yang bernilai tinggi seperti Anugerah Tokoh Gemilang VLE Ibu Bapa dan diberi secara tahunan dalam mesyuarat PIBG. Tidak memerlukan ganjaran wang tunai, sekeping sijil yang diframekan, sebuah plak dan sebungkus hamper sudah memadai. 

6. Kerjasama dengan Pusat Internet Komuniti
Pusat internet komuniti mempunyai aktiviti khas tahunannya yang perlu dijalankan untuk masyarakat. Apa kata, Frog VLE dijadikan salah satu tajuk dalam program mereka. Perkongsian dana melaksanaan program ini akan menjimatkan kos penganjuran oleh pihak sekolah. Tidak semestinya ibu bapa yang menggunakan ID pengguna yang dibekalkan. Ahli keluarga dewasa lain juga dapat berperanan andainya ibu bapa buta IT. 


Realitinya, begitu mencabar usaha untuk meningkatkan penggunaan oleh ibu bapa ini sepertimana yang dihasratkan oleh pihak kementerian. Untuk meningkatkan pengguna dalam kalangan guru dan pelajar sendiripun begitu sukar untuk mencapai KPI yang ditetapkan, apatah lagi ibubapa yang ramai tidak memahami apa itu konsep VLE serta sibuk dengan komitmen lain yang lebih penting bagi mereka. 

Seperti yang saya katakan diatas, apa yang penting, kita telahpun berusaha menerusi kempen serta promosi yang dijalankan. Ia sedikit sebanyak dapat menyedarkan masyarakat mengenai kewujudan platform pembelajaran canggih ini untuk anak anak mereka. Dan yang lebih utama, daripada pengalaman saya, pelajar dari pasukan Student Frog Champion yang menjalankan promosi di lapangan belajar banyak perkara yang tentunya berguna dalam kehidupan mereka kelak.

Dibuka sebarang idea lain untuk menggalakkan ibu bapai mencapai platform ini, sila kongsikan idea anda pada fungsi komen dibawah. 





Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Cikgu Razif -C2R Official Blog- Powered by Blogger - Designed by razxxf -