Posted by : Cikgu Siber Isnin, 14 September 2015


Kementerian Pendidikan Malaysia hari ini mengeluarkan satu kenyataan akhbar berkenaan masalah jerebu yang melanda negara melibatkan beberapa negeri. 

Menurut mereka berdasarkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan pihak sekolah perlu memberhentikan segala aktiviti-aktiviti luar bilik darjah bila bacaan IPU melebihi 150.  Kawasan di mana bacaan IPUnya melebihi 200 sekolah-sekolah perlu ditutup. Pihak Guru Besar dan Pengetua perlu memaklumkan kepada pihak Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri sekiranya sekolah perlu ditutup.

Pihak pentadbir sekolah perlu akur kepada Surat Siaran yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia berkaitan jerebu bertarikh 7 Ogos 2013 (Rujukan: KP/KPPM/7/(18)) dan juga surat siaran berkaitan Langkah Penjagaan Kesihatan Murid Semasa Cuaca Panas ( yang telah dikeluarkan pada 26 Februari 2014 (Rujukan: KP(BPSH-SPDK)201/005/02Jld.5 (31) yang masih berkuatkuasa.

Untuk pemantauan setempat, Jabatan Alam Sekitar sentiasa mengemaskini data IPU di beberapa stesyen pemantauan jerebu miliknya. Selain saluran menerusi laman web utamanya, mereka juga menawarkan kemaskini data di aplikasi mudah alih mereka iaitu MyIPU. Aplikasi ini boleh dimuat turun hanya melalui Play Store ke telefon bimbit anda.











Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Cikgu Razif -C2R Official Blog- Powered by Blogger - Designed by razxxf -