Posted by : Cikgu Siber Selasa, 3 Februari 2015


Liga Remaja Kreatif adalah sebuah pertandingan mencipta kandungan kreatif khusus untuk pelajar-pelajar sekolah menengah seluruh Malaysia. Ia dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM), Telekom Malaysia dan Media Prima Digital.

Peserta mestilah dari pelajar sekolah menengah yang juga warganegara Malaysia, berkumpulan yang terdiri daripada 4 orang  dari sekolah yang sama. Pertandingan ini bermula pada 1 Februari 2015 dan berakhir pada 4 April 2015. Tema pada tahun ini Inovasi Jalur Lebar- Gaya Hidup Digital Malaysia.

Syarat-syarat penyertaan

Pertandingan ini terbahagi kepada 4 kategori iaitu Video, Aplikasi Mudah Alih, Portal Internet dan Raspberry Pi dan Arduino. Bagi kategori video, durasi video penyertaan hendaklah tidak lebih 5 minit dan bagi kategori Aplikasi Mudah Alih, Portal Internet dan Raspberry Pi dan Arduino, video penyertaan hendaklah kurang daripada 60 saat. Video penyertaan yang diterima adalah dalam bentuk dokumentari, sketsa, iklan, khidmat mesej awam ataupun animasi.

Para pelajar boleh mendapatkan borang penyertaan secara dalam talian di laman sesawang http://lrk.mcmc.gov.my Setiap peserta perlu mengisi email pengetua atau wakil pengetua di borang penyertaan yang disediakan dan pengetua atau wakil pengetua perlu mengesahkan penyertaan melalui pautan email yang akan dihantar ke email tersebut.  



Hadiah yang ditawarkan begitu menarik:

Peringkat Negeri
Hadiah tempat pertama : RM5,000 berserta telefon bimbit
Hadiah tempat kedua : RM3,000 berserta telefon bimbit
Hadiah tempat ketiga : RM2,000 berserta telefon bimbit
Hadiah saguhati : RM500 x 7

Peringkat Kebangsaan
Hadiah tempat pertama : RM10,000 berserta iPhone
Hadiah tempat kedua : RM7,500 berserta iPhone
Hadiah tempat ketiga : RM5,000 berserta iPhone
Portal Internet Terbaik : RM5,000 berserta iPhone
Aplikasi Mudah Alih Terbaik : RM5,000 berserta iPhone
Raspberry Pi dan Arduino Terbaik : RM5,000 berserta iPhone
Video Paling Popular : RM2,500

Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui email iaitu ligaremajakreatif@cmc.gov.my atau telefon 03-8688 8475 (Isnin sehingga Jumaat kecuali cuti umum dari pukul 9:00 pagi hingga 5:00 petang) mulai 1 Februari 2015.


Pemenang LRK14 kategori video, SMK Luar Bandar No. 1, Sibu Sarawak

SEBARANG PENYALINAN ATAU PENYIARAN ARTIKEL DARI BLOG INI ADALAH DIBENARKAN DENGAN SYARAT HENDAKLAH DIKREDITKAN ATAS NAMA BESTARIPROJECT SERTA PAUT KEMBALI KE HALAMAN INI. 


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Cikgu Razif -C2R Official Blog- Powered by Blogger - Designed by razxxf -