Posted by : Cikgu Siber Sabtu, 27 Jun 2015

Meneruskan inovasi IM generasi baru, Telegram terus berlari pantas, dan kali ini mereka membuka kod API mereka kepada semua. Tawaran ini membenarkan para pembangun membina bot mereka sendiri yang boleh dijalankan atas platform aplikasi Telegram. 

Apa itu bot? Bot merupakan satu perisian yang beroperasi dengan ciri-ciri Kepintaran Buatan (AI). Ini bermakna pembangun boleh membangunkan pelbagai fungsi atau tools tambahan untuk pengguna belajar, bermain, berhubung, membuat carian, mengintergrasi dengan pelbagai perkhidmatan dan yang menariknya ia menyokong penghantaran arahan kepada peranti Internet of Things.  

Selain itu ,pembangun juga dapat menukar cara data dimasukan dengan membangunkan butang entri sendiri penganti keyboard. Bot akan bergerak secara viral dengan fungsi Add to Group atau Share dan setiap Bot akan menggunakan nama Bot dihujungnya (sebagai contoh @PollBot) supaya pengguna tidak terkeliru sama pengguna biasa ataupun AI. 

Selepas ini, kita akan menyaksikan pelbagai inovasi baru hadir menerusi Bots untuk manfaat pendidikan juga, mungkin seperti kuiz trivia, polls, permainan pembelajaran interaktif dan sebagainya.


"Telegram is about freedom and openness – our code is open for everyone, as is our API. Today we’re making another step towards openness by launching a Bot API and platform for third-party developers to create bots." - Telegram, June 24











Sumber: Telegram Blog

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Cikgu Razif -C2R Official Blog- Powered by Blogger - Designed by razxxf -