Posted by : Cikgu Siber Isnin, 29 Jun 2015

“Oleh kerana dunia sudah berubah, keperluan kita adalah menyediakan generasi hari ini untuk dunia yang akan datang" - Dato Seri Muhyidin Yassin, Menteri Pendidikan Malaysia





Program iThink adalah projek bersama Kementerian Pelajaran dan Agensi Inovasi Malaysia bertujuan memupuk kemahiran pemikiran yang tinggi dan inovasi di peringkat sekolah rendah dan menengah. Ia pada mulanya dilaksanakan di 10 sekolah pada 2012, diperluaskan ke kira-kira 1,000 lagi sekolah tahun 2013 dan kepada semua sekolah menjelang 2014.

Program ini dapat menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi untuk meningkatkan keupayaan serta kebolehan sedia ada pada pelajar di samping membantu mereka memahami sesuatu konsep dan mengaplikasi dalam menyelesaikan permasalahan.

Ianya menawarkan 8 peta pemikiran yang masing-masing mempunyai peranan dalam membina konstruk tertentu. Ianya sebagai satu alat yang mempunyai peraturan serta format tertentu untuk diikuti. Ketahui lebih lanjut mengenai program i-Think di http://www.ithink.org.my/

Sumber: iThink


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Cikgu Razif -C2R Official Blog- Powered by Blogger - Designed by razxxf -