Posted by : Cikgu Siber Sabtu, 29 Ogos 2015



Scratch merupakan satu perisian aplikasi untuk memahami jujukan arahan dalam pengaturcaraan. Ianya bakal menjadi popular selepas ini dengan pengenalan program Asas Sains Komputer pada 2017 di seluruh sekolah rendah dan menengah di Malaysia. 

Scratch membolehkan pelajar membina cerita, animasi dan  permainan mudah. Ia juga menyokong asas untuk kawalan aturcara ke peranti berhubung (IoT) seperti Raspberry Pi. 

Ianya dibina dengan 3 paparan asas. Yang pertama  paparan utama  yang memaparkan paparan keseluruhan projek, kedua Sprites iaitu elemen grafik atau objek yang digunakan dan yang ketiga Editor, ruang untuk menyunting skrip aturcara, kustumasi grafik dan juga suntingan suara. 

Scripts menyediakan set aturcara secara blok dengan skema warna yang berbeza mengikut fungsi. Ianya amat memudahkan pelajar mengenalpasti kategori setiap jujukan arahan. Anda juga boleh menggunakan Scratch secara web editor ataupun memuat turunnya untuk beroperasi secara offline di komputer anda.



Apa yang menarik mengenai Scratch anda boleh berkongsi sebarang hasil kerja atau projek di galeria terbuka, yang dinamakan Projects dan Studios. Anda juga boleh memuat turun hasil kerja pelajar lain dan menyuntingnya mengikut kreativiti anda. 

Pendapat peribadi saya ianya adalah sebuah aplikasi yang amat amat penting untuk memberi pemahaman asas pengaturcaraan sebelum pelajar mendalami peringkat lanjutan mahupun menggunakan perisian pengaturcaraan sebenar. 



Sumber: Scratch

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Cikgu Razif -C2R Official Blog- Powered by Blogger - Designed by razxxf -