Posted by : Cikgu Siber Selasa, 21 Jun 2016



Menerusi email yang baru sahaja diterima, Frog VLE memaklumkan membawa beberapa penambahbaikan menarik telah dilakukan untuk memudahkan proses penyuntingan laman. Penaiktarafan Frog VLE 2016 yang terbaru ini tertumpu kepada meningkatkan pengalaman pengguna dalam mencipta, mengisi, menghias dan mengemas kini Laman (Site). Penaiktarafan ini turut menambah baik beberapa fungsi yang sedia ada. Berikut merupukan penambahbaikan yang dilakukan:



FUNGSI BARU
Alat Pemindahan Laman (Site Transfer Tool)
Dengan fungsi ini, pengguna (guru) yang berpindah ke sekolah baharu boleh membawa bersama laman yang mereka telah hasilkan di sekolah lama, ke sekolah baharu mereka menerusi VLE.

Wizard Penghasilan Laman (Site Creation Wizard)
Fungsi ini membolehkan pengguna menghasilkan Laman dengan lebih mudah dan pantas dengan Templat Laman yang disediakan oleh anda, sekolah anda ataupun yang sediakan oleh Frog.

Cetakan Laman (Site Printing)
Pengguna kini boleh mencetak Laman mereka sekiranya perlu dan fungsi ini berguna untuk tujuan rekod dan dokumentasi.

Pemberitahuan Emel (Email Notifications)
Fungsi ini membolehkan pengguna menerima pemberitahuan berkaitan Frog VLE menerusi e-mel. Pengguna boleh menetapkan sendiri jenis pemberitahuan yang ingin diterima serta e-mel utama mereka.

Maklumat Laman (Site Information)
Fungsi ini membolehkan guru di sekolah yang sama untuk menyemak: Butiran Pencipta Asal Laman tersebut , Rekod Pengeditan, serta Rekod pemilik-pemilik Laman tersebut.

Autosimpan Laman (Sites Autosave)
Dengan pengenalan fungsi Sites Autosimpan, segala usaha pada Laman anda terselamat daripada risiko talian internet terputus atau sistem komputer tidak berfungsi secara tiba-tiba! Laman anda boleh disimpan secara automatik dalam kadar masa 10, 20 atau 30 minit, berdasarkan apa yang anda tentukan.

Tambahan Susun Atur Laman (Additional Site Layouts)
Kini terdapat lebih 10 pilihan susun atur laman yang baharu dan pengguna boleh memilih susun atur dengan 5 atau 6 panel.

Ubah Warna Latar Belakang Laman 
Kini anda boleh pilih dan ubah warna latar belakang Laman anda! Jika Laman anda menggunakan latar belakang yang datang bersama tema yang dipilih, kini anda boleh memilih untuk menukarkannya kepada warna lain.

Penyerlah Teks
Anda kini boleh memilih warna latar belakang untuk widget Teks. Pendek kata, ia seperti anda menyerlahkan ayat-ayat tertentu di dalam Laman anda.


Untuk senarai penuh fungsi baru serta penambahan ciri-ciri sedia ada, sila layari

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Cikgu Razif -C2R Official Blog- Powered by Blogger - Designed by razxxf -