Posted by : Cikgu Siber Sabtu, 5 Disember 2015


Google merupakan sebuah syarikat terbesar dunia berpangkalan di California, Amerika Syarikat. Nilai semasa syarikat ini dianggarkan lebih RM1.5 trillion. Berkerja di Googleplex merupakan impian ramai orang dalam usaha memajukan kerjaya mereka. Ini terbukti apabila Google diiktiraf sebagai tempat pertama antara 100 majikan yang paling dimahukan dalam kerjaya oleh LinkedIn pada tahun 2014.


Glassador melaporkan purata gaji seorang jurutera perisian hampir mencecah USD119,000 (RM499,496.00) setahun. Manakala untuk program internship, mereka menawarkan gaji sehingga USD 90,000 (RM293,821.00). Mungkin atas faktor ini jugalah Google menerima hampir 2.5 juta permohonan setiap tahun. 



Memetik sebuah temubual oleh Adam Bryant dengan Laszlo Bock, seorang Senior Vice President for People Operation di Google, beliau menegaskan gred yang diperolehi bukanlah penentu untuk berjaya dalam temuduga yang dikendalikannya. Menurutnya, hampir 14% pekerja di Google tiada kelulusan dan boleh jadi GPA tinggi yang diperoleh tiada nilai. Tambah beliau lagi, dunia hari ini tidak mempedulikan mengenai bagaimana dan apa yang anda telah belajar, tetapi apa yang anda tahu dan apa yang anda boleh buat. Mereka membayar untuknya.

Google membawakan pelbagai inovasi baru yang dianggap mustahil menerusi Google X

Akan tetapi, gred yang bagus jika ia mengambarkan kemahiran sebenar anda dalam bidang yang diperlukan seperti matematik, perkomputeran dan pengaturcaraan mungkin ianya hanyalah satu bonus. Tetapi Google melihat lebih daripada itu. Jadi, apakah yang diperlukan sebenarnya untuk menjadi sebahagian daripada mereka yang bergelar Googlers ini? Tips di bawah merupakan rumusan ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang calon untuk memohon perkerjaan di sana. 

1. Kemahiran kognitif am dan kebolehan untuk belajar
Mereka mempunyai 5 artibut berbeza dalam tawaran kerjaya. Sebagai contoh dalam artibut teknikal sudah tentu mereka akan menilai kemahiran pengaturcaraan, begitu juga dalam artibut lain seperti jualan dan operasi mereka melihat set kemahiran yang berkaitan. Namun, apa yang penting adalah kebolehan calon dalam proses kerja. Mereka menjalankan temuduga secara structured behavioral iaitu dengan tidak menanyakan soalan yang tidak dijangka, tetapi menanya mengenai pengalaman calon seterusnya  melakukan 'drill' untuk melihat bagaimana calon telah berinteraksi dengan situasi dunia sebenar. 

2. Daya kepimpinan
Bakat kepimpinan merupakan satu ciri yang paling menjadi perhatian utama dalam setiap temuduga. Di Google mereka mahukan bakat kepimpinan yang lari dari kepimpinan tradisional. Mereka mahukan pekerja yang apabila pasukan mengalami sesuatu masalah, andakah anda sebagai salah seorang ahli pasukan dalam masa yang sesuai boleh campur tangan dan terus memimpin rakan mencari penyelesaian. 

3. Rendah diri berhemah dan punyai semangat kekitaan
Tanpa rasa rendah diri, anda tidak boleh belajar. Mereka mahukan pekerja yang benar-benar bertanggungjawab dan punyai semangat kekitaan yang tinggi. Anda harus menghargai idea yang lebih baik dari rakan anda seterusnya mencapai matlamat bersama. Selain itu, anda tidak boleh merasakan jika mendapat sesuatu kebaikan, sebabnya anda adalah seorang genius, sebaliknya jika berlaku perkara buruk, rakan anda dipersalahkan. 

4. Kepakaran
Google boleh mengambil sesiapa sahaja yang mempunyai semangat tinggi untuk belajar walaupun tanpa sebarang pengatahuan untuk bertugas di sesuatu posisi. Mereka akan boleh melakukan kerana mereka melakukan perkara yang sama berulang kali. namun apabila berlakukan kerosakan, adakah mereka boleh memberikan jawapan kepada apa yang berlaku? Ini perbezaan besar antara seseorang yang pakar dengan seorang yang tidak pakar.


Sebagai pendidik, sudah menjadi tugas kita untuk sentiasa membekalkan informasi sebegini kepada pelajar sebagai persediaan mereka menghadapi alam kerjaya kelak. Mungkin tips-tips ini boleh dikongsikan dengan mereka sewaktu kem motivasi ataupun ucapan guru bertugas mingguan. Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat untuk semua.

Nota: Google telah merombak semua operasinya pada 2 Oktober 2015 lepas dengan memperkenalkan konglomerat baru Alphabet dan Google merupakan salah satu syarikat yang bernaung dibawahnya. Syarikat baru ini dikendali oleh pengasas Google, Larry Page sebagai CEO. 




Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Cikgu Razif -C2R Official Blog- Powered by Blogger - Designed by razxxf -