Posted by : Cikgu Siber Jumaat, 4 Disember 2015

BlueStacks merupakan satu perisian emulator yang menjalankan aplikasi Android di atas platform Windows mahupun Mac. Anda hanya perlu memuat turun perisian ini untuk dipasang pada Windows dan seterusnya anda bebas memasang aplikasi dan permainan yang ditawarkan menerusi gedung aplikasi Google Play.


Minggu ini mereka melancarkan versi baru BueStacks 2 membawakan beberapa perubahan besar yang menyokong ciri berbilang tugasan, action toolbar pantas dan optimasi terkini bagi aplikasi dan permainan popular. Melalui ciri berbilang tugasan anda kini boleh membuka seberapa banyak aplikasi serentak dan dipaparkan secara tab. Pengenalan toolbar baru pula memberi kawalan yang lebih mudah dan efisyen seperti kawalan fungsi mengenalpasti lokasi, mengoncangkan skrin, mengubah kekuatan audio dan sebagainya.

Paparan lama pada BlueStack

Bluestack 2 memiliki antaramuka baru, lihat toolbar baru pada sebelah kiri

Menyokong fungsi multi-tasking
Serentak dengan pelancaran ini juga mereka mengumumkan yang mana BlueStacks kini mencapai 100 juta pengguna dari serata dunia dengan 1 billion aplikasi digunakan setiap bulan menerusinya. Mereka juga merancang untuk memperkenalkan beberapa lagi ciri tambahan pada masa hadapan dan meminta para komuniti terus memberi sokongan kepada mereka.

Muat turun BlueStacks 2

Sumber: BlueStacks Blog

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Cikgu Razif -C2R Official Blog- Powered by Blogger - Designed by razxxf -