- Back to Home »
- teknologi pengajaran »
- Bina set pembelajaran interaktif di Quizlet
Posted by : Cikgu Siber
Khamis, 3 Disember 2015
Apabila aksara 'Q' ditaip pada ruang carian Google, sistem algoritma carian mereka akan memaparkan cadangan carian dengan nama 'Quizlet'. Quizlet merupakan satu penyedia khidmat pembinaan set pembelajaran berasaskan kuiz yang mula diperkenalkan pada tahun 2005. Pada tahun ini mereka menyambut ulangtahun mereka yang ke-10. Sepanjang tempoh ini pelbagai inovasi baru dipelkenalkan dalam usaha memberi difinisi baru untuk kuiz.
Quizlet dimulakan oleh Andrew Sutherland sewaktu berumur 15 tahun. Tujuan asal beliau adalah untuk membantu beliau belajar dalam kelas bahasa Perancis. Beliau seterusnya berkongsi aplikasi yang dibangunkan kepada rakan yang lain dan bermula dari situ Quizlet berkembang sehingga digunakan di lebih 196 buah negara seluruh dunia serta diakses oleh 40 juta pengguna sebulan. Ia disenaraikan sebagai antara 5 aplikasi yang popular digunakan oleh pelajar kolej oleh portal popular pelajar Daily Collegian.
![]() |
Halaman dashboard utama Quitlet |
![]() |
Fungsi set pembelajaran yang dibina oleh anda |
Menariknya di Quizlet, ianya bukan sekadar kuiz semata-mata. ianya menyediakan set pembelajaran dengan alat yang pelbagai seperti nota pembelajaran di Cards, pengukuhan di Learns dan Spellers, aplikasi kuiz pada Test dan permainan teguh minda di Scatter dan Gravity. Dalam kemaskinian terbaru minggu ini mereka membawakan ciri baru iaitu Long-Term Learning, dimana statistik pembelajaran anda dapat dilihat dan dianalisis (untuk versi naiktaraf).
Video tutorial ringkas oleh 2Minute Teacher Tech. Untuk fungsi RACE (dalam video ini). Quizlet telah mengantikan dengan fungsi baru GRAVITY pada kemaskinian terbaru.
Sepanjang hari ini saya mencuba aplikasi ini dengan membina satu pembelajaran contoh. Sistemnya amat pantas dan rensponsif, namun saya agak kurang selesa dengan antaramuka yang dibina. Saya sedikit terkeliru pada mulanya dengan beberapa butang tetapan tetapi selepas beberapa jam penerokaan saya sudah boleh memahami keseluruhan sistem. Saya yakin anda juga akan mengalami masalah yang sama jika anda adalah pengguna baru.
Untuk pengguna baru, sebelum anda membina set pembelajaran sendiri saya sarankan untuk anda melihat dan mencuba contoh beberapa tajuk pembelajaran yang telah dibina melalui fungsi carian untuk memahami cara sebenar pembelajaran di Quizlet. Setelah set Quizlet anda siap akan boleh berkongsinya dalam pelbagai cara (sepertimana aplikasi pembelajaran yang lain). Mereka juga mengintergasikan perkongsian dengan laman sosial, kurator web (ujian) dan juga Google Classroom.
Akaun percuma menyediakan hanya ciri asas dan batasan dalam kawalan keseluruhan sistem. Versi berbayar (upgrade to Teacher) ditawarkan dengan menyediakan anda dengan pelbagai ciri tambahan (untuk guru) seperti melihat progres kerja pelajar, fungsi media tambahan pada halaman pembelajaran serta tiada had untuk membina kelas. Untuk langganan setahun anda perlu membayar RM105.00 dan diskaun 20% akan diberikan jika anda mendaftar secara berkumpulan.
Melangkah ke hadapan, Quizlet juga pada tahun ini memperkenalkan aplikasi mudah alih untuk platform Android dan iOS. Mereka menyatakan kedua-dua aplikasi ini masih dalam ujian beta dan mereka akan sentiasa memperbaiki sebarang ralat perisian dari masa ke semasa. Aplikasi ini akan saya ulas dalam catatan akan datang.
Kesimpulannya, walaupun pada namanya kita membayangkan ia adalah aplikasi membina kuiz semata-mata namun sebenarnya ianya lebih daripada itu. Mereka telah menawarkan satu set pembelajaran yang lengkap dengan sokongan pembelajaran interaktif dengan analisis pembelajaran yang dapat membantu anda para guru mencerap proses pembelajaran. Saya yakin aplikasi ini amat menarik untuk anda cuba dengan tawaran naiktaraf kepada akaun guru yang dilihat amat berbaloi.
Sumber: Quizlet Blog
Video tutorial ringkas oleh 2Minute Teacher Tech. Untuk fungsi RACE (dalam video ini). Quizlet telah mengantikan dengan fungsi baru GRAVITY pada kemaskinian terbaru.
Sepanjang hari ini saya mencuba aplikasi ini dengan membina satu pembelajaran contoh. Sistemnya amat pantas dan rensponsif, namun saya agak kurang selesa dengan antaramuka yang dibina. Saya sedikit terkeliru pada mulanya dengan beberapa butang tetapan tetapi selepas beberapa jam penerokaan saya sudah boleh memahami keseluruhan sistem. Saya yakin anda juga akan mengalami masalah yang sama jika anda adalah pengguna baru.
Untuk pengguna baru, sebelum anda membina set pembelajaran sendiri saya sarankan untuk anda melihat dan mencuba contoh beberapa tajuk pembelajaran yang telah dibina melalui fungsi carian untuk memahami cara sebenar pembelajaran di Quizlet. Setelah set Quizlet anda siap akan boleh berkongsinya dalam pelbagai cara (sepertimana aplikasi pembelajaran yang lain). Mereka juga mengintergasikan perkongsian dengan laman sosial, kurator web (ujian) dan juga Google Classroom.
Akaun percuma menyediakan hanya ciri asas dan batasan dalam kawalan keseluruhan sistem. Versi berbayar (upgrade to Teacher) ditawarkan dengan menyediakan anda dengan pelbagai ciri tambahan (untuk guru) seperti melihat progres kerja pelajar, fungsi media tambahan pada halaman pembelajaran serta tiada had untuk membina kelas. Untuk langganan setahun anda perlu membayar RM105.00 dan diskaun 20% akan diberikan jika anda mendaftar secara berkumpulan.
Kesimpulannya, walaupun pada namanya kita membayangkan ia adalah aplikasi membina kuiz semata-mata namun sebenarnya ianya lebih daripada itu. Mereka telah menawarkan satu set pembelajaran yang lengkap dengan sokongan pembelajaran interaktif dengan analisis pembelajaran yang dapat membantu anda para guru mencerap proses pembelajaran. Saya yakin aplikasi ini amat menarik untuk anda cuba dengan tawaran naiktaraf kepada akaun guru yang dilihat amat berbaloi.
Terokai Quizlet
Sumber: Quizlet Blog