- Back to Home »
- sumber pembelajaran »
- Belajar dunia sains secara santai di SciShow
Posted by : Cikgu Siber
Ahad, 6 Disember 2015
Dengan pendapatan hampir RM 84,000 setiap bulan hasil sumbangan komuniti internet menerusi penyedia dana awam Petreon, SciShow komited menghasilkan bahan pembelajaran berkualiti bertemakan sains dengan cara mereka sendiri. SciShow memberi fokus kepada berita penemuan terkini, sejarah serta konsep disebalik sains melalui penerbitan kandungan video.
Matlamat mereka adalah untuk merakam kehebatan alam semesta yang disifatkan pelik dan menjelaskannya dalam bentuk yang mudah difahami dan menyeronokkan. Mereka cuba menjawab persoalan-persoalan mudah secara saintifik mengenai apa berlaku di sekeliling kita, sebagai contoh "Mengapa langit berwarna biru?" atau "Apa itu cinta?".

Mereka menawarkan 3 saluran pembelajaran sains di Youtube menerusi SciShow, SciShow Space, and SciShow Kids. Sehingga catatan ini ditulis saluran utama mereka SciShow mencatatkan 2,925,204 langganan, manakala saluran mengenai sains angkasa SciShow Space mencatatkan 466,651 langganan dan saluran sains untuk kanak-kanak SciShow Kids mencatatkan 27,150 langganan.
Langgan saluran Youtube SciShow
Sumber: SciShow Tumblr