- Back to Home »
- amalan terbaik , tawaran »
- Malaysia Google For Education mengumumkan projek #InspireEdu
Posted by : Cikgu Siber
Rabu, 9 Disember 2015
Minggu ini Google Malaysia menerusi Google For Education mengumumkan projek #InspireEdu, satu projek perkongsian amalan terbaik para pendidik dalam usaha memudahkan tugas pengurusan dan pentadbiran menerusi penggunaan aplikasi Google.
Buat masa ini penyertaan adalah secara jemputan kepada para peserta Seminar 3i yang lepas dan terdapat beberapa pihak lagi dari kalangan pendidik turut terlibat. Borang ini akan disiarkan setiap tiga bulan bermula minggu ini dan bersambung sepanjang musim persekolahan dengan tema yang berbeza, namun matlamatnya sama iaitu memudahkan urusan guru di sekolah. Apa yang mereka mahukan adalah idea dalam bentuk yang spesifik serta rujukan bahan berkaitan.
Menerusi idea dan perkongsian yang diberikan seterusnya pihak Google akan menghasilkan Tips & Trick Cards yang memaparkan perkongsian dalam bentuk how-to-do atau tips & tricks dikreditkan atas nama anda. Tips & Trick Cards ini akan diedarkan dalam bentuk pdf dan boleh dilihat dalam pelbagai peranti atau dicetak untuk dipaparkan di dalam bilik guru.
Untuk episod pertama, sesuai dengan mood kembali ke sekolah temanya adalah 'Administrative Efficiency'. Anda boleh berkongsi idea anda menerusi pautan ini. Perkongsian boleh didalam Bahasa Inggeris ataupun Bahasa Melayu. Tarikh tutup untuk tema kali ini adalah pada 18 Disember 2015.

Kemaskinian projek tersebut akan kami laporkan dari masa ke semasa di Blog Cikgu Siber. Teruskan sokongan anda kepada kami untuk kami hidangkan hanya yang terbaik dalam arena pendidikan.