- Back to Home »
- dari meja blogger »
- Sebarkan pengetahuan menerusi program Penulis Panel CS
Posted by : Cikgu Siber
Selasa, 8 Disember 2015
>>> Memperkenalkan Program Penulis Panel CS
Cikgu Siber merupakan satu projek komuniti milik semua. Kami yakin dan percaya terdapat begitu ramai dari kalangan pendidik yang begitu kaya ilmunya dan terbuka untuk berkongsi pengetahuan kepada sesiapa sahaja. Oleh itu, kami menjemput para pendidik untuk menulis di blog kami agar segala perkongsian dapat memberi manfaat dalam usaha melonjakkan lagi mutu pendidikan di Malaysia.
Program ini terbuka kepada para penulis profesional, pensyarah, guru, blogger, penulis amatur, mahasiswa pendidikan atau sesiapa sahaja yang berminat untuk berkongsi maklumat mengenai inovasi teknologi pendidikan, ICT dan multimedia di blog ini.
1. Inovasi Teknologi Pendidikan
2. Sumber dan inovasi pembelajaran abad ke-21
3. Pembelajaran Berasaskan Komputer
4. Interaksi Manusia-Komputer
5. Keselamatan Siber
6. Aplikasi Google untuk pembelajaran
7. Tips & Tricks bertemakan ICT, Multimedia dan Pengaturcaraan
8. Ulasan/Rebiu laman web pendidikan, gajet, perisian atau aplikasi mudah alih (berkaitan pendidikan)
9. Kajian tindakan berkaitan pembelajaran berbantukan komputer
10. Kemahiran Berfikir secara Komputanisasi (Computational Thinking Skills)
Sijil akan diberikan kepada sebarang sumbangan kepada projek ini.
Berminat menyertai kami? Isikan maklumat anda pada borang dibawah: