Posted by : Cikgu Siber Khamis, 10 Disember 2015

National University Carnival on e-Learning (NUCEL 2015) akan berlangsung pada 14-15 Disember 2015 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengetengahkan beberapa aktiviti yang menarik.  


Objektif utamanya adalah untuk memperkenal dan mempromosi e-Pembelajaran sebagai kaedah pembelajaran terkini dan terbaik selain mengeksplorasi dan berkongsi kemahiran, praktis terbaik teknologi terkini di kalangan seluruh warga institusi pengajian tinggi di Malaysia. 


Disamping aktiviti pertunjukan, pameran dan pertandingan antara acara yang menarik adalah sesi syarahan umum pada 15 Disember jam 10.00 pagi di dewan utama universiti oleh Adam Brimo. Untuk makluman Adam Brimo merupakan pengasas dan CEO kepada OpenLearning, sebuah platform e-pembelajaran berasaskan MOOC (Massive Open Online Course) paling berjaya di Malaysia. Beliau akan menyampaikan syarahan selama 2 jam dengan tajuk Creativity & Innovation in Technoprenueships. 

Majlis penutup karnival kelak akan disempunakan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mary Yap Kain Ching. Seperti biasa Cikgu Siber akan berkunjung ke sana untuk melakukan liputan ringkas sepanjang dua hari acara.


Sumber: NUCEL 2015

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Cikgu Razif -C2R Official Blog- Powered by Blogger - Designed by razxxf -