- Back to Home »
- pertandingan »
- Pasukan Malaysia memenangi WRO 2015 di Doha, Qatar
Posted by : Cikgu Siber
Isnin, 9 November 2015
Tahniah diucapkan kepada pasukan Malaysia yang telah berjaya mengungguli kejohanan selaku juara keseluruhan World Robotic Olympiad 2015 di Al-Shabab Equestrian Facilities, Doha, Qatar. Beberapa pasukan Malaysia menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam beberapa kategori yang dipertandingan pada 6-8 November 2015.
Tiga pingat emas negara dimenangi oleh pasukan YC Adventure Kidz dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yuk Chai, Petaling Jaya dalam kategori Terbuka Sekolah Rendah; pasukan Robotist dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) USJ 4, Subang Jaya dalam kategori Terbuka Menengah Rendah; dan pasukan Aramaitee dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kota Kinabalu, Sabah dalam kategori Gen II Bola Sepak.

Pasukan Malaysia sejurus tiba di Malaysia (Sumber: BHOnline) |
Dengan kejayaan ini Malaysia telah 5 kali bergelar juara dunia sepanjang 7 tahun penyertaan. Tahniah sekali lagi dari kami untuk semua peserta, pengurus peserta serta Sasbadi Malaysia menerusi penganjuran NRC yang telah banyak berusaha mencipta sejarah.
Sumber: WRO 2015, Bernama Online
Lihat laporan Berita Harian: BHOnline
Lihat laporan Astro Awani: Video
Lihat laporan Bernama: Bernama Online