Posted by : Cikgu Siber Ahad, 8 November 2015

Syarikat gergasi automotif Toyota, dilaporkan semalam akan membelanjakan USD1 billion untuk pelaburan dalam bidang kepintaran buatan (artificial intelligence) dan robotik. Teknologi ini kelak akan diadaptasi kedalam kereta keluaran mereka pada masa hadapan.


Telegram pada tahun ini juga dilihat menyokong teknologi ini dengan pengenalan fungsi Bot, boleh dibina menggunakan fungsi BotFather. Kepintaran buatan atau AI merupakan satu sistem yang mampu memberi maklumbalas seumpama otak manusia. Ia dibina dengan kod pengaturcaraan yang kompleks serta berkomunikasi berdasarkan konteks yang berhubung dengannya. Ianya mampu belajar tabiat manusia dengan melakukan penyesuaian. 

Chatterbot merupakan aplikasi sembang yang diprogramkan dengan ciri AI. Ia akan 'melayan' sebarang pertanyaan atau mesej anda berdasarkan set kepintaran yang telah dibangunkan. Kebanyakkan chatterbot yang saya uji tidaklah begitu sempurna namun ianya memberi pengalaman yang begitu menyeronokkan.

Dibawah saya senaraikan 6 chatterbot di web dan 2 chatterbot dalam bentuk aplikasi mudah alih yang boleh anda cuba. Mungkin guru bahasa Inggeris boleh memanfaatkan teknologi ini dalam pengajaran  anda. 







Zerfoly (Play store)

Virtual Talk (Apps Store)




Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Cikgu Razif -C2R Official Blog- Powered by Blogger - Designed by razxxf -