Posted by : Cikgu Siber Sabtu, 7 November 2015

Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia pada 30 Oktober lalu menerbitkan satu panduan setebal 84 helaian dalam bentuk pdf sebagai satu panduan bertujuan memberi bantuan kepada guru dalam mengenalpasti dan membudayakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) untuk tingkatan 4 dan 5.


Menurut pengarahnya, Hj Paridin bin Jais, dalam usaha membangunkan modal insan minda kelas pertama, penguasaan KBAT oleh murid adalah amat penting untuk melatih mereka pada peringkat sekolah agar dilengkapi dengan pengalaman dan kemahiran yang sesuai untuk menangani masalah kehidupan seharian yang semakin kompleks dan mencabar. 

Ujarnya lagi dalam buku panduan ini, terdapat 8 matapelajaran terpilih sebagai rujukan pengaplikasian KBAT. Diharapkan contoh yang diberikan dapat membantu guru menjalankan aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang berkesan dan menjurus kepada Pembelajaran Abad ke-21. 


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Cikgu Razif -C2R Official Blog- Powered by Blogger - Designed by razxxf -