- Back to Home »
- inovasi web , teknologi pengajaran »
- Bina infografik profesional dengan pantas dan mudah di Piktochart
Posted by : Cikgu Siber
Jumaat, 6 November 2015
Infografik merupakan satu kaedah penyampaian data, statistik atau sebarang maklumat melalui visual atau paparan grafik. Secara umumnya semua lebih menyukai paparan data dalam bentuk infografik kerana ia seringkali memaparkan bandingan yang jelas serta mudah difahami.
Dalam pendidikan, infografik sebenarnya sangat berguna. Guru boleh membina infografik dalam matapelajaran Sejarah contohnya untuk menunjukkan garis masa kependudukan Jepun di Tanah Melayu pada zaman era sebelum kemerdekaan.
Piktochart, satu aplikasi web hebat ditawarkan secara percuma (dengan ciri terhad) kepada pengguna. Untuk pengetahuan anda, Piktochart sebenarnya merupakan sebuah produk yang dibangunkan oleh sebuah syarikat yang menyertai program startup berpangkalan di Pulau Pinang.
Produk ini menawarkan lebih 400 template yang menarik dalam bentuk inforgrafik memanjang, slaid persembahan, poster dan kad laporan. Ianya menyediakan tutorial penggunaan yang saya sifatkan sebagai terbaik bagi sesebuah aplikasi berasaskan web.
Ruang Editor begitu mudah dikendalikan, kemas dan menawarkan banyak stok imej atau ikon secara percuma untuk anda gunakan. Ianya amat berkuasa serta begitu rensponsif. Hasilan dapat dikongsi atau dimuat turun dalam bentuk imej dan pdf. Namun, untuk akaun percuma hasil infografik anda akan ditanda dengan sedikit watermark produk sebagai kredit.
Kesimpulannya, bagi saya Piktochart merupakan sebuah aplikasi web yang harus diterokai penggunaan dalam dunia pendidikan. Pendidik mungkin boleh menghasilkan pelbagai paparan ilmu secara infografik dan dikongsi kepada semua pendidik dan para pelajar.
Sumber: Piktochart