Posted by : Cikgu Siber Selasa, 10 November 2015

Google Hangout menjadi satu alat yang sangat berguna dalam pembelajaran. Ia dapat menghubungkan kelas dalam beberapa konteks yang berbeza. Sebagai contoh guru boleh menghubungkan kelas dengan angkasawan pertama negara tanpa perlu menjemput beliau ke sekolah. Ia menjimatkan masa perjalanan dan tidak memerlukan perancangan aturcara serta persediaan yang rumit. Melaluinya pelajar boleh saja berkomunikasi terus dari kelas dengan beliau di pejabat beliau mengikut kelapangan masa masing-masing. 


Hari ini, pihak Google secara tidak rasmi mengumumkan kemaskinian untuk Hangouts. Mereka menjanjikan kualiti video yang lebih baik dengan beberapa kemaskinian antaramuka yang lebih kemas dan memudahkan. 

Antara penambahbaikan yang dilakukan adalah:
1. Panggilan lebih pantas dengan video berkualiti tinggi.
2. Paparan lebih kemas dan terperinci untuk antaramuka skrin penuh. 
3. Cara lebih mudah untuk menjemput rakan dan keluarga untuk panggilan. 

Menurut jurutera perisian yang bertanggungjawab membangunkan Google Hangouts +Eduardo Fernández, pengguna masih lagi boleh menggunakan antara muka lama dengan klik pada http://g.co/hangouts atau klik pada bahagian atas dengan memilih "Original Menu".


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Cikgu Razif -C2R Official Blog- Powered by Blogger - Designed by razxxf -