- Back to Home »
- inovasi dan kreativiti , pengaturcaraan , sumber pembelajaran »
- Sumber pembelajaran dan web tutorial Raspberry Pi
Posted by : Cikgu Siber
Sabtu, 3 Oktober 2015
Raspberry Pi banyak digunakan sebagai sulibus pembelajaran berasaskan kreativiti dan inovasi kerana potensinya yang besar dalam domain tersebut. Sokongannya daripada pelbagai pengeluar untuk modul tambahan serta sokongan perisian juga amat luas. Kini terdapat banyak sumber rujukan pembelajaran yang banyak melalui saluran Youtube dan laman web.
Selain itu, harganya yang mampu milik memberi kelebihan kepada para perekacipta mengurangkan kos penghasilan model prototaip dalam sesebuah projek. Saiznya hanya sebesar kad kredit, amat berkuasa dan jimat tenaga. Terdapat 2 perisian pengoperasian utama yang menyokong perkakasan ini, iaitu Rapsbian dan NOOBS.
Selain dua perisian utama yang disebutkan tadi, terdapat banyak lagi perisian (pihak ketiga) yang ditawarkan sebagai perisian pengoperasian (OS). Bulan Julai lepas, pihak Microsoft juga telah mengumumkan untuk menyokong Raspberry Pi menerusi Windows 10 mereka menerusi versi IoT Core. Ia merupakan satu petunjuk yang positif dimana teknologi kompak ini bakal menjadi satu standard dalam kelas masa depan.
Bercakap mengenai gaya pembelajaran abad ke-21 serta agenda negara mahu membina masyarakat pencipta, pendapat saya, kelab rekacipta mahupun kelab robotik yang wujud di sekolah-seolah haruslah menerokai teknologi ini. Guru-guru pembimbing perlulah mahir dengan mendalami kemahiran baru ini.

Dibawah disenaraikan sumber-sumber pembelajaran bagi Raspberry Pi:
Hackster
The MagPi
Oxford Cambridge and RCA
Adafruit
Sparkfun
Makeusof
Selain Raspberry Pi, mereka juga akan melancarkan satu lagi produk iaitu Astro Pi pada 15 Disember 2015 bersama projek penerokaan di ISS oleh angkasawan British Tim Peake. Projek ini bertujuan untuk mempromosikan teknologi sains angkasa dengan penawaran papan kawalan yang mempunyai sokongan sensor teknologi angkasa dengan saiz yang kompak serta harga yang sukar dipercayai.
Jika anda ingin mencadangkan sumber pembelajaran dan tutorial terbaik dari laman-laman lain untuk memantapkan kemahiran dalam inovasi menerusi Raspberry Pi, kongsi-kongsikan pada ruangan komen dibawah.