Posted by : Cikgu Siber Jumaat, 2 Oktober 2015

Google for Education mengajak anda menyertai sebuah persidangan dalam talian secara percuma untuk guru-guru oleh guru-guru ke Education on Air Malaysia pada 1 November 2015, bermula jam 9 pagi hingga 4 petang.

Dalam persidangan ini para pendidik akan menerokai dan belajar cara-cara untuk mentransformasi bilik darjah anda dengan teknologi pendidikan (edtech) dari guru-guru dan pakar pendidikan Malaysia.


Antara peluang yang dihidangkan adalah:

i. Lihat dan bincang bagaimana kita dapat membangunkan sistem pendidikan yang mampu menyediakan para pelajar untuk masa hadapan.

ii. Belajar idea-idea baru dari mereka yang memainkan pelbagai peranan dalam pendidikan.

iii. Dapatkan petunjuk dan teknik dari guru-guru Malaysia yang telah berjaya meningkatkan penyertaan, kerjasama dan produktiviti pelajar dengan menggunakan teknologi dan inovasi.

Ia adalah persidangan dalam talian melibatkan lebih 50 sesi perbincangan. Anda boleh turut serta dengan menggunakan komputer peribadi anda di rumah, atau di mana sahaja anda berada.


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Cikgu Razif -C2R Official Blog- Powered by Blogger - Designed by razxxf -