Posted by : Cikgu Siber Khamis, 1 Oktober 2015


Kami baru sahaja selesai menghantar penyertaan ke National Educational Blogging Competition - EDU 2015 anjuran UPSI. Matlamat kami untuk memperolehi kedudukan 3 terbaik kategori terbuka bertujuan membina reputasi serta meningkatkan publisiti jenama lantas menyebarluaskan lagi ilmu pengetahuan kepada para pendidik. 

Kami bermula dengan agak perlahan. Namun kini hit bulanan kami telah mencapai lebih 3000hit/bulan pada Ogos dan lebih 5000hit/bulan pada bulan lepas. Pada penghujung bulan ini, dengan pola yang semakin meningkat, kami menyasarkan untuk memperolehi 10,000hit/bulan dari pembaca. Secara keseluruhan kami telah berjaya mencapai lebih 16,000 hit setakat ini. Ia merupakan satu pencapaian yang boleh dibanggakan bagi sesebuah blog yang baru setahun jagung dan hanya berfokus kepada para pendidik sahaja. 

Di Blog Cikgu Siber kami menyediakan antaramuka interaktif dengan ciri playful mouseover dengan menggunakan tema paparan yang ringkas. Untuk memudahkan lagi pembacaan, anda boleh klik pada fungsi Feedburner (logo seakan-akan wi-fi di sisi blog) dan anda tentu sukakan fungsi ini. Kami juga menawarkan khidmat menghantar Newsletter kepada pembaca dengan memasukan alamat email anda pada ruangan email langganan (bawah).   

Oleh itu, kami meminta jasa baik para pembaca untuk menyertai laman-laman sosial kami menerusi Google+, Facebook Page, Twitter seta saluran Telegram (boleh klik pada pautan ini ataupun pada pautan pada sisi blog). Kami akan terus memberikan informasi yang berguna untuk manfaat pembaca agar kecemerlangan sistem pendidikan Malaysia dapat dipertingkatkan. Diharap dengan sokongan semua hasrat kami dapat tercapai. Terima kasih diucapkan. 

Mohd Razif Abdul Razak
Blogger/Founder, Projek Cikgu Siber


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Cikgu Razif -C2R Official Blog- Powered by Blogger - Designed by razxxf -