Posted by : Cikgu Siber Rabu, 30 September 2015

Bertemakan THE CLASSROOM REIMAGINED, Frogasia bakal menganjurkan satu persidangan pendidikan tahunan mereka dengan membawakan beberapa pengisian menarik. Antaranya, satu sesi keynote utama daripada Cathy Davidson, seorang penulis pendidikan pemenang anugerah. 


Beliau telah menulis dan menyunting 20 buku dalam bidang pendidikan serta artikel-artikel beliau disiarkan dalam pelbagai penerbitan terkenal seperti Harvard Business Review, Wall Street Journal, Fast Company, The Washington Post dan banyak lagi. 

Beliau merupakan seorang peneraju inovasi dengan memperkenalkan idea dan pendekatan permbelajaran terkini. Akan dikongsikan bagaimana idea beliau berjaya memberi impak terhadap pembelajaran abad ke-21. 

Leaps of Knowledge pertama (2013) menampilkan Nick Vujicic

Pesidangan kedua (2014) bertemakan Changemakers in Education

Disamping itu terdapat beberapa sesi perkongsian melibatkan beberapa penceramah jemputan, bengkel serta pameran yang sudah tentu memberi pengetahuan baru serta inspirasi kepada pendidik. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM50 kepada pemilik ID 1bestarinet  dan RM150 kepada yang tiada ID 1bestarinet. Diskaun 20% akan diberikan kepada peserta berkumpulan. 

Berikut merupakan maklumat persidangan: 

Tarikh: 31 Oktober 2015 (Sabtu)
Tempat: JW Marriott Hotel, KL (GPS: 3.147759, 101.713890)


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Cikgu Razif -C2R Official Blog- Powered by Blogger - Designed by razxxf -