Posted by : Cikgu Siber Ahad, 4 Oktober 2015


Saya sedang menulis sebuah catatan perkongsian mengenai apa itu GEG ataupun Google Educator Groups. Inshaallah akan dikongsi tak berapa lama lagi. Gerakan ini dilihat kian berkembang sehinggakan diberitahu hampir 50 kumpulan pendidik telah terbentuk setakat ini seluruh negara. Ianya bergerak secara sukarela dengan menggunakan segala aplikasi yang ditawarkan oleh Google untuk pendidikan. 

Pada selasa ini, 6 Oktober bermula jam 10 pagi akan berlangsungnya satu pembelajaran atas talian untuk berkongsikan 10 tajuk yang menarik iaitu:

1. Virtual Tour with Google Street View
2. Andriod Tips & Tricks
3. GAFE Tips & Tricks
4. Quiz is Fun with Kahoot!
5. Maqix Finger
6. Chromecast for Dummies
7. Tagul
8. Google Story Builder
9. Visualkan data anda
10. Power of Google Photos

Menurut penganjur program iaitu GEG Gombak, program ini memberi gambaran bagaimana Education On Air akan berlangsung pada 1 Nov 2015 nanti. Acara ini akan disertai oleh ramai pemimpin GEG dari seluruh Malaysia yang akan membentangkan 5 - 10 minit tips and tricks yang anda boleh gunakan di dalam pengajaran atau meningkatkan kemahiran ICT anda.






Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Cikgu Razif -C2R Official Blog- Powered by Blogger - Designed by razxxf -