Posted by : Cikgu Siber Selasa, 6 Oktober 2015

Apa yang saya suka mengenai Menteri Pendidikan yang baru ini, Dato' Seri Mahawangsa Mahdzir Khalid adalah pembawakannya yang santai dan amat terbuka dengan pelbagai pendangan.


Sebaik dilantik sebagai Menteri Pendidikan beliau juga meminta pihak sekolah mengurangkan protokol menerima kehadirannya di sekolah-sekolah agar masa pelajar tidak dibazirkan dengan sesi reheasal yang panjang. 

Hari ini beliau menerusi laman Facebook rasminya, bertanyakan pendapat para pendidik mengenai perlaksanaan dan penggunaan sistem maklumat berkomputer di sekolah-sekolah ketika ini. Catatan status ini ditulis pada jam 2.50 petang tadi dan sehingga catatan ini ditulis 226 guru telah memberi pendapat mereka.


Berdasarkan pemerhatian saya kebanyakkan pendapat yang diutarakan adalah berkisar mengenai sistem online  yang pelbagai dan beban tugas guru untuk mengisi perkara yang sama dalam sistem yang berbeza. Ada juga yang masih memberikan pendapat 'lari daripada tajuk' seperti isu penempatan guru dan sebagainya.

Berikut merupakan pendapat-pendapat yang sempat saya jengok. Para pencadang dibawah mahukan semua jenis sistem disatukan kerana menganggap sistem yang ada sekarang amat tidak sistematik. 

Miza Armyza Salam..mohon untuk satukan pelbagai pengisian data spt SAPS,HERMIS,APDM,VLE,PAJSK dll di bawah satu sistem dan menggunakan satu kata laluan utk di login.byk sgt nak ingat la...di samping capaian internet yang SANGAT BAIK 

Afiq Mohd Zainol Benda y sama kena isi 3-4 kali dlm sistem berbeza. Dgn server mcm slow. Smpai ckgu x smpat nk fokus dlm kelas.

SeNs BaHa Salam tuan sistem berkomputer ini sepatutnya memudahkan,tetapi menjadi sukar kerana terpaksa menggunakan sistem yg berbeza ,patut diselaraskan

Cikgu Izat Mohon upgrade server-server sistem KPM supaya kami key-in data dengan pantas atau server-server diletakkan mengikut zon. TK Dato' Seri

Muhamad Syaifuddin Zainol Minta dato tolong pastikan bahawa sistem2 yg dibina benar2 stabil sebelum dilaksanakan. Dan kalau boleh jalinkan sistem2 yang fungsinya sama. Terlalu banyak sistem yang perlu dikemaskini sedangkan ianya sama.

Penggunaan sistem yang pelbagai sebenarnya merupakan satu isu yang sangat merunsingkan kepala guru sebenarnya. Saya masih tertanya-tanya berkenaan projek platform  tunggal yang dinamakan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) yang dilaksanakan dalam projek 1BestariNet, namun tiada maklumat terkini berkenaan kemaskini projek tersebut.

Selain itu, masalah berkenaan talian internet yang lembab juga menjadi isu utama setelah kerajaan membelanjaan ratusan juta untuk kemudahan ini.

Din Mat Pautan online sangat bagus Dato' cuma capaian internet yang sangat perlahan. Yes tak mencukupi. Sering guna data sendiri. Harap akses internet dipertingkatkan.

Linda Buyong 1. capaian internet disekolah tlampau slow. 
2. boleh dikatakan semua sistem online yg disediakan oleh kpm terlalu lambat&susah utk dibuka samaada dibuka disekolah@dirumah. 3. ade juga perisian yg disediakan dah out of date.
4. request data yg sama berulang2 dlm sistem yg berbeza.

5. sistem yg selalu bertukar


Zarimah Zakaria Kami di sekolah2 luar bandar menghadapi masalah internet yg terlalu lmbt dan sistem online tidak dpt di akses...

Marzianah Othman Talian internet terlalu lembap. capaian terhad . sepatutnya pihak kpm sediakan talian yg laju. boleh akses dgn mudah.bukan setakat mengisi data. utk akses bhn untuk mengajar dan email pun jadi mudah.

Pendapat berikut pula mahukan beban guru dengan kerja-kerja pengkeranian dapat dikurangkan. Pendapat daripada Mohd Fadli Salleh ini juga menarik apabila mengutarakan soal kos dengan mencadangkan elaun khas Internet untuk guru. 

Noremey Rasip Dato' Sri, Mohon setiap sek SR dan SM diwujudkan FT17 (Juruteknik) disemua sek... Bukan hanya utk semua yg mempunyai Pusat Akses Sek shj... Sbgi cth sek SKM murid kurang ada Pusat Akses dan ada FT17 dan SM murid ramai tiada Pusat Akses, tiada FT...

Mohd Fadli Salleh Saya rasa sudah sampai masanya dato perkenalkan elaun internet untuk para guru memandangkan internet dah menjadi satu KEWAJIPAN buat semua guru untuk mengisi urusan2 online. Rm100 sebulan pun dah berbaloi rasanya.

Norzilawati Muhamad 1. Kembalikan hak core business kami iaitu mengajar dan mendidik.
2.Bubarkn shj kerja pengkeranian yg tak pernah sudah dan selalunye bertindan.
3.Wujudkan sistem yang efektif untuk menangani masalah disiplin murid yg setiap hari semakin parah

Setakat ini tiada komen diberikan yang benar-benar menarik perhatian saya dengan sokongan hujah yang menyakinkan serta perkongsian pengalaman yang menarik. Saya berpendapat kementerian sudah sedia maklum apa yang guru mahukan melalui beberapa kajian bebanan guru yang mereka jalankan. Apa yang saya lihat, beliau mungkin mahukan input yang lebih terperinci dengan perkongsian pengalaman sebenar para guru.

Adakah anda mempunyai pendapat yang benar-benar mantap?. Berkunjung ke laman pak menteri kita dan coretkan pandangan anda. 


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Cikgu Razif -C2R Official Blog- Powered by Blogger - Designed by razxxf -