- Back to Home »
- perkongsian , vle »
- Kajian Tindakan - Kaedah 3T menggunakan platform Frog VLE
Posted by : Cikgu Siber
Rabu, 7 Oktober 2015
Hari ini ingin saya kongsikan satu kajian tindakan oleh seorang guru dari SMK Taman Ehsan, Kepong, Cikgu Yusnita Alwi. Guru Bahasa Melayu ini mempunyai pengalaman 18 tahun mengajar dan menggunakan platform Frog VLE sebagai satu alat untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar beliau di kelas. Beliau mempunyai lebih 100 site di dalam VLE FROG dan kebanyakannya terdapat dalam Frogstore sedia dimuat turun oleh para guru.
Tajuk kajiannya adalah mengenai Kaedah 3T iaitu Tonton, Tanya dan Tulis. Kajian dijalankan kepada pelajar dari 2 kelas tingkatan 3. Kaedah PdP ini beliau kolaborasikan dengan VLE Frog supaya pembelajaran lebih interaktif, menarik, berkesan dan mencapai matlamat PdP agar murid mampu menulis menggunakan kosa kata yang luas, berkomunikasi secara baik dan memiliki identiti nasional. Mari sama-sama kita manfaatkan kajian beliau.
Sangat menarik. :)
BalasPadam