Posted by : Cikgu Siber Jumaat, 9 Oktober 2015

Untuk makluman Agensi Inovasi Malaysia sedang mengadakan satu cabaran bagi murid Tahun 1 sehingga Tingkatan 5 (berumur dari 7 tahun ke 17 tahun) bermula 27 Julai. Tarikh tutup cabaran telah dilanjutkan sehingga 26 Oktober 2015 dan hadiah-hadiah menarik disediakan.


Dua kategori diperkenalkan dengan dua cabaran yang berbeza. Dalam cabaran ini peserta perlu membina sebuah model berdasarkan tema dan mengambil gambar model tersebut untuk dihantar kepada pihak penganjur. Kemudian mereka perlu menjawab 2 soalan dengan rakaman video berdurasi tidak lebih 3 minit. Seterusnya anda perlu menulis tidak melebihi 100 patah perkataan mengapa idea anda patut memenangi cabaran. 

Objektif cabaran adalah untuk menggalakkan pemikiran aras tinggi para pelajar Malaysia. Untuk pemenang setiap kategori akan menerima sebuah Samsung Galaxy Tab (pertama), Kamera Digital (kedua) dan Gosome Inline Skate (ketiga). Sila layari http://contest.ithink.org.my/ untuk maklumat lanjut.




Sumber: i-Think

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Cikgu Razif -C2R Official Blog- Powered by Blogger - Designed by razxxf -