Posted by : Cikgu Siber Sabtu, 10 Oktober 2015

Program FitMalaysia merupakan satu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS)  dalam usaha menyemai budaya sihat dengan bersukan dalam kalangan rakyat Malaysia. Dalam usaha menjadikan aktiviti bersukan atau kecergasan lebih menyeronokan dan dapat diurus dengan pantas mereka menawarkan sebuah aplikasi mudah alih untuk pengguna Android dan iOS. 


Saya telah mencuba aplikasi ini seminggu setelah dilancarkan lama dahulu. Ianya menawarkan pilihan sukan diminati serta carian aktiviti sukan berhampiran yang juga didaftarkan juga oleh pengguna FitMalaysia. Sebuah konsep yang menarik dan saya kira ianya akan lebih memberi kesan seandainya ia digunakan oleh kebanyakkan pengiat sukan atau kumpulan aktiviti kecergasan.  


Sempena Hari Sukan Negara yang berlangsung esok apa kata anda mendapatkan maklumat daripada aplikasi ini dan  pantas menuju ke lokasi aktiviti berhampiran untuk sama-sama menunjukkan sokongan dengan menyertai mereka. Kekal cergas! Kekal sihat!


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Cikgu Razif -C2R Official Blog- Powered by Blogger - Designed by razxxf -