Posted by : Cikgu Siber Khamis, 15 Oktober 2015

Saya dihubungi oleh Mahathir Hamid, seorang pegawai eksekutif dari Terrapinn, pihak yang bertanggungjawab menganjurkan acara besar The Digital Education Show Asia edisi 2016. Dengan slogan 'Reimagining 21st century learning with technology', program ulung teknologi pendidikan ini akan berlangsung selama 2 hari pada 18-19 April 2016 bertempat di KLCC, Kuala Lumpur. 


Menurut beliau, untuk pendidik dari intitusi pendidikan, mereka menawarkan diskaun hampir 50% dengan syarat  anda mendaftar sebelum 30 Oktober. Harga bagi pakej tersebut adalah USD350 (selepas diskaun) iaitu kira-kira RM1454.00 mengikut kadar tukaran semasa. Dalam pakej ini anda akan diberi pas masuk untuk 2 hari meliputi sesi persidangan dan pameran, jaringan rakan, kupon makan dan aplikasi pintar khas acara. Tawaran diskaun istimewa ini juga dibuka kepada peserta biasa. 

Untuk makluman, persidangan kali ini membawakan beberapa penceramah khas dalam acara utama mereka. Antaranya Eric Sheninger, seorang Senior Fellow di International Center for Leadership in Education dan Jennie Magiera dari Des Plaines School District 62 berkongsikan pengalaman beliau mengenai pelajar. Ramai lagi nama besar dalam dunia pendidikan digital akan memeriahkan lagi persidangan dan perbentangan pada kali ini. 

Acara ini diiktiraf sebagai acara pendidikan pendidikan terbesar Asia dengan penyertaan lebih 2000 pendidik dari lebih 900 organisasi pendidikan. Selain pendidik, acara ini juga menghimpunkan para CEO, pengasas produk e-pembelajaran, pemimpin institusi pendidikan dan penggubal atau penyelaras kurikulum digital untuk bertukar idea, mencipta peluang baru serta merangka stategi untuk menghadapi era baru pendidikan digital. 

Untuk pelawat biasa tiada bayaran dikenakan, anda boleh mengunjungi pelbagai pameran menarik dari pelbagai agensi dan syarikat.


{ 1 ulasan... read them below or add one }

- Copyright © Cikgu Razif -C2R Official Blog- Powered by Blogger - Designed by razxxf -