Posted by : Cikgu Siber Jumaat, 16 Oktober 2015


Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan, Kementerian Sains Teknologi & Inovasi, Kementerian Pendidikan Malaysia serta Universiti Sains Malaysia mengajak anda menyertai Pertandingan Antartika Lestari 2015 terbuka kepada pelajar-pelajar sekolah menengah di Malaysia.

Menariknya pertandingan ini sejak diperkenalkan pada 2013, ianya mempunyai format pertandingan yang pelbagai. Pada tahun ini anda dikehendaki mencipta satu strip komik sama ada menggunakan lakaran tangan atau perisian komputer memaparkan kandungan berinfomatif serta pesanan mengenai kepentingan kawasan kutub terutamanya Antartika. 

Anda boleh mengunjungi laman web berikut untuk mendapatkan informasi mengenai projek kelestarian antartika oleh agensi tempatan.



Pertanyaan lanjut mengenai pertandingan boleh hubungi sekreatariat pertandingan En. Azmir / Cik Liana di talian 04-653 6315 atau En. Firdaus ditalian 04-53 4164. Anda juga boleh mengemukakan pertanyaan melalui email ke antartika.lestari@gmail.com.


Klik pada poster untuk besarkan


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Cikgu Razif -C2R Official Blog- Powered by Blogger - Designed by razxxf -