Posted by : Cikgu Siber Rabu, 14 Oktober 2015

Menjadi kebiasaan untuk seseorang penyelidik untuk menggunakan instrumen soalan kajiselidik untuk mendapatkan maklumat berguna daripada subjek. Guru juga kadang-kadang menggunakan kaedah tinjauan untuk mendapatkan maklumbalas daripada rakan guru dan juga pelajar. Data yang diperolehi perlulah valid untuk menjawab masalah sebenar kes. 


Untuk membuat soalan kajiselidik saya lebih gemar menggunakan aplikasi Google Form. Ianya pantas, percuma dan memudahkan saya melakukan analisis dapatkan nanti. Cabaran utama dalam proses mendapatkan input data adalah kesediaan subjek berkerjasama menjawab kesemua soalan. Survey Monkey, sebuah penyedia perkhidmatan platform tinjauan, memberi anda 4 tips berguna sebagai panduan berdasarkan kajiselidik khas yang mereka lakukan terhadap 100 respondent. 

1. Lakukan seringkas mungkin
Mulakan dengan sapaan yang mesra dan soalan yang mudah dijawab. Kajiselidik yang dimulakan dengan soalan yang mudah seperti soalan beraneka pilihan akan 98% diselesaikan oleh respondent. Jika anda perlu menanyakan soalan terbuka ianya tidak menjadi masalah, letakannya pada penghujung kajiselidik. 

2. Jangan terlalu tamak, tanya apa yang perlu!
Apabila anda melakukan kajiselidik, bermakna anda telah mencuri masa para respondent. Semakin lama masa digunakan untuk menjawab, semakin respondent cenderung untuk tidak menghabiskan soalan yang diberi. Kajiselidik dengan 10 soalan mencatatkan 89% kadar respondent habis menjawab manakala kajiselidik dengan 40 soalan mencatatkan 79% kadar habis menjawab. 

3. Jangan bertanyakan soalan beraneka yang susah 
Kadangkala untuk mencapai matlamat kajian anda perlu menggunakan soalan berbentuk matriks, soalan skala dan soalan terbuka. Setiap satu soalan ini ditanyakan ia akan mengurangkan 1% kadar menjawab. Ianya tidak menjadi masalah besar, namun soalan yang ditanya janganlah terlalu sukar. Melalui dapatan kajian, kajiselidik yang mengandungi 10 soalan sebegini telah memperolehi 81% kadar menjawab berbanding 1 soalan yang ditanya data menunjukkan 89% respondent habis menjawab. 

4. Jangan gunakan terlalu banyak perkataan
Untuk mencapai sesuatu maksud, anda akan menulis soalan yang kadang-kadang berela-ela panjangnya. Perkataan yang berlebih-lebihan akan mengurangkan kadar menjawab para respondent. Pastikan soalan pertama adalah soalan yang pendek. Namun begitu, anda juga kadang-kadang memerlukan perkataan tambahan untuk memberi kejelasan bagi memudahkan respondent menjawab. Jika kata tambahan itu tidak membantu meningkatkan kefahaman, sila rombak semula soalan tersebut. 


Kesimpulannya, dalam melakukan sebarang kajiselidik anda perlu jelas dengan objektif yang hendak dicapai. Rancang soalan sebetulnya dan elakkan menanya perkara yang tidak berkaitan kerana masa menjawab memberi kesan yang besar kepada kejayaan sesebuah kajiselidik. Semoga tips yang diberikan Survey Monkey ini memberi manfaat kepada anda. 

Sumber: Survey Monkey

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Cikgu Razif -C2R Official Blog- Powered by Blogger - Designed by razxxf -