Posted by : Cikgu Siber Jumaat, 25 September 2015


Pada 25 September 2015, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah melancarkan The Global Goals, iaitu beberapa siri kempen dengan matlamat membasmi kemiskinan tegar, merapatkan jurang ketidaksamaan dan menangani perubahan iklim untuk dilakukan oleh semua pihak menjelang 2030.


Sekiranya semua matlamat berjaya dicapai, maka ia akan menjamin kesihatan, keselamatan serta masa depan planet ini untuk semua yang mendiaminya. Sebanyak 17 matlamat diperkenalkan untuk mencapai semua sasaran tersebut dalam tempoh 15 tahun akan datang iaitu:


Untuk memudahkan pemahaman dan penerimaan terhadap The Global Goals, pihak UNICEF telah memperkenalkan The World’s Largest Lesson (WLL), modul pengajaran yang dirangka dari inisiatif guru-guru di serata dunia sebagai usaha menyokong penyebaran The Global Goals. Sebanyak 17 modul pengajaran WLL telah dimuatnaik di internet dan empat (4) modul telah dikenalpasti untuk diajar di sekolah-sekolah di Malaysia iaitu:

Impak Pencemaran terhadap Planet dan Kehidupan Kita (The Impact of Pollution on Our Planet and Our Live)
Air Bersih untuk Semua (Clean Water for All)
Pendidikan boleh Mengubah Dunia (Education can Transform the World)
Perlindungan Hidupan Dasar Laut (Protected Life Below Water)


Sekiranya setiap sekolah di seluruh dunia mengajar murid-murid mengenai semua matlamat ini, mereka akan menjadi generasi yang akan mengubah dunia ini menjadi lebih baik.


SOKONGAN WWL OLEH FROGASIA & KPM

Modul pengajaran WLL – FrogAsia merupakan wakil PBB dalam memudahcara dan membantu Kementerian Pendidikan Malaysia menjayakan program ini. Sehubungan dengan itu, sebanyak 10 modul pengajaran WLL (bagi peringkat menengah dan rendah) dalam format dwi-bahasa akan dimuatnaik di laman Frog Store.

Ia turut disertakan dengan tiga (3) modul pengajaran VIP (khusus dirangka untuk kegunaan YB Menteri Pendidikan, Ketua Pengarah Pendidikan dan Timbalan Ketua Timbalan Pengarah Pendidikan). Ini untuk memudahkan para guru mengakses dan memuatturun ke semua modul ini bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas masing-masing.

Animasi komik – FrogAsia akan memuatnaik bahan informasi berkaitan The Global Goals dalam bentuk animasi komik berjudul Heroes for Change di laman Frog Store. Komik ini boleh dimuatturun oleh murid menerusi Frog VLE masing-masing di untuk dibaca dan dimanfaatkan.

Frog Store – Segala sumber dan kandungan berkaitan WLL boleh didapati dan dimuatturun secara terus dari laman Frog Store.

Frog Connected Classroom (FCC) – Aplikasi teknologi yang menghubungkan beberapa bilik darjah dari sekolah-sekolah yang berbeza secara langsung bagi sesi pengajaran dan pembelajaran yang interaktif dan menyeronokkan. Untuk menyertai sesi Hangout bersama FCC, pendaftaran boleh dibuat di pautan http://bit.ly/froglesson.



PERANAN SEKOLAH

Menggalakkan sesi pengajaran WLL
Susulan dari keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk sama-sama menyokong kempen penyebaran The Global Goals ini, maka semua sekolah di seluruh Malaysia digalakkan untuk turut serta dalam sesi pengajaran yang akan bermula pada 28 September 2015. Guru-guru boleh memuatturun modul pengajaran WLL dari Frog Store bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.

Menggalakkan guru dan murid menggunakan VLE Frog
Para guru dan murid digalakkan untuk menggunakan Frog VLE bagi tujuan memuatturun dan berkongsi informasi berkaitan WLL. Menerusi Frog VLE, para guru boleh mengambil inisiatif sendiri untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran WLL secara lebih kreatif, efektif dan menyeronokkan dengan menggunakan fungsi-fungsi interaktif yang telah disediakan. Untuk maklumat lanjut tentang cara penggunaan Frog VLE, sila layari pautan www.frogasia.com/globalgoals.


...

Kami diberitahu pada 29 September 2015 jam 11 pagi, Ketua Pengarah Pelajaran (KPPM) akan menjalankan satu kelas istimewa bagi menyokong kempen ini. Tajuk yang akan diajar adalah "Education transforms Lives" disiarkan secara langsung menerusi Google+ Hangout dari SK Pelabuhan Klang. 

Manakala timbalan beliau akan menyampaikan pengajaran bertajuk "Good Health" pada 2 Oktober 2015 jam 10.30 pagi di SK Kota Warisan. Kami juga dimaklumkan, pihak Frogasia masih lagi menunggu jawapan daripada Menteri Pendidikan dan timbalan beliau untuk  turut sama terlibat dalam kempen ini dengan mengajar di dalam kelas pilihan mereka. Kami di Cikgu Siber akan mengemaskini dari masa ke semasa perkembangan program ini. 



Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Cikgu Razif -C2R Official Blog- Powered by Blogger - Designed by razxxf -