Posted by : Cikgu Siber Khamis, 24 September 2015

Minggu lepas, dalam kemaskini minornya, Telegram mengumumkan akan hadir dengan sesuatu yang besar pada minggu ini. Sepertimana dijanjikan, semalam mereka memperkenalkan Channels, satu fungsi baru membolehkan suatu pesanan dihantar kepada kumpulan sasaran yang lebih besar. Ianya mengantikan fungsi Broadcast sebelum ini. 


Dengan Channels, Telegram tidak mengehadkan bilangan ahli atau jumlah maksima pengikut. Mereka juga menyediakan fungsi link kekal, ini bermakna pengguna yang mahu mengikuti mana mana saluran boleh klik pautan tersebut. Pengendali saluran juga boleh memantau statistik saluran dengan ciri view counter

Channels amat sesuai sekali untuk seorang selebriti, ikon masyarakat, gerakan komuniti atau suatu jenama mendekati para peminat. Kami juga telah membina sebuah saluran untuk projek Cikgu Siber ini. Anda boleh menyertai komuniti ini dengan mengklik pautan dibawah. Kami akan sediakan pelbagai maklumat terkini dunia pendidikan, terus kepada anda. 

Sertai Komuniti Cikgu Siber - https://telegram.me/cikgusiber

Bersama kemaskinian ini diperkenalkan juga fungsi Photo Editor baru yang membenarkan pengguna menyunting Tint, Fade dan Curves gambar sebelum dimuat naik. 




{ 1 ulasan... read them below or add one }

- Copyright © Cikgu Razif -C2R Official Blog- Powered by Blogger - Designed by razxxf -