Posted by : Cikgu Siber Sabtu, 26 September 2015

Pada 1-10 Oktober akan berlangsungnya satu mini pertandingan  (jemputan) Beaver Computational Thinking Competition kepada sekolah-sekolah rintis Digital Tech @ Schools (DT@S). Untuk pengetahuan program DT@S ini merupakan satu projek rintis melibatkan 24 buah sekolah di seluruh negara dalam usaha merombak semula persekitaran pendidikan sedia ada serta memantapkan literasi digital pelajar.


Pertandingan inisitif MDeC serta KPM ini menggunakan perkhidmatan Bebras, iaitu satu NGO untuk mempromosikan pembelajaran berkonsepkan IT, Infomatik dan Computational Thinking.  Sejak 2004, pihak penganjur Bebras telah mengendalikan pertandingan berkonsepkan sains komputer dan logik penyelesaian masalah di 34 negara melibatkan hampir 1 juta peserta telah terlibat.

Antara objektif pertandingan ini adalah untuk:
1. Memperkenalkan dan membangunkan computational thinking dalam kalangan pelajar di Malaysia.
2. Untuk membangunkan literasi digital tahap tinggi pelajar-pelajar Malaysia.
3. Untuk membangunkan pemikiran aras tinggi dan kemahiran penyelesaian masalah.
4. Menyokong Pelan Digital Kebangsaan dibawah inisiatif Digital malaysia


Dalam pertandingan ini peserta perlu menyelesaikan 15 tugasan mencabar dalam masa 45 minit berdasarkan konsep kemahiran Computational Thinking. Pertandingan peringkat kebangsaan ini akan menguji pelajar tahun 6 serta tingkatan 1 yang sudah hampir 2 bulan didedahkan dengan asas kemahiran  tersebut. Kepada para guru penyelaras sila semak peti email anda untuk mendapatkan panduan pengguna, ID pelajar berserta kata laluan untuk memulakan cabaran.

{ 1 ulasan... read them below or add one }

- Copyright © Cikgu Razif -C2R Official Blog- Powered by Blogger - Designed by razxxf -