Posted by : Cikgu Siber Ahad, 27 September 2015

Augmented Reality (AR) merupakan satu teknologi memaparkan sesuatu objek janaan komputer ke dalam rakaman dunia sebenar. Ianya memanipulasi kecanggihan teknologi grafik, kamera dan sensor. Ia menjadikan dunia sebenar lebih berinformasi dan interaktif lantas memberi pengalaman pembelajaran lebih menyeronokkan. 

Octagon Studio dari negara seberang memperkenalkan dua aplikasi mudah alih yang memanfaatkan teknologi ini untuk pembelajaran awal kanak-kanak. Mereka mencipta dua produk menarik iaitu ANIMAL 4D+ CARDS dan OCTALAND4D+ OCCUPATION SERIES 1 CARDS. 


Anda perlu memuat turun aplikasi mudah alih dari kedai aplikasi Play Store bagi Android atau Apps Store bagi pengguna iOS. Untuk mengujinya anda diberi beberapa kad contoh sedia untuk dicetak. Saya menguji produk ini hanya dengan menghalakan kamera pada skrin komputer yang memaparkan imej pengesanan aplikasi tersebut. 


Ternyata, teknologi AR menjadikan pembelajaran menerusi flashcard lebih menarik dengan pelbagai eleman multimedia. Ianya menghidupkan pembelajaran dan mampu menarik minat pelajar atau anak-anak anda untuk belajar. Untuk mendapatkan flashcard, anda boleh merujuk kepada stokis tempatan dengan harga RM45* untuk satu set.

ANIMAL 4D+ CARDS

OCTALAND4D+ OCCUPATION SERIES 1 CARDS


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Cikgu Razif -C2R Official Blog- Powered by Blogger - Designed by razxxf -