Posted by : Cikgu Siber Isnin, 28 September 2015

Salah satu sesi diskusi pada Seminar 3i Google for Education lepas adalah mengenai penggunaan VR di dalam kelas. VR dilihat satu teknologi baru untuk memberi pengalaman berbeza terhadap sesuatu pembelajaran dengan pelajar mengalami pengalaman dunia sebenar menerusi kit VR dan peranti pintar. 


Kita telah menyaksikan beberapa produk hebat VR seperti Oculus Rift dan kembar siamnya Samsung Gear VR serta Sony yang bakal mengeluarkan kit VR istimewanya untuk Playstation. Namun, produk produk ini bukanlah produk yang mampu dimiliki untuk digunakan dalam kelas. 

Menyedari hal ini Google dalam acara tahunannya, Google I/O pada tahun lepas telah mengumumkan projek Google Cardboard, satu projek 'masa lapang' Google untuk menghasilkan kit VR yang murah menggunakan barangan terbuang. 

Pada penghujung 2014, Google Cardboard mengumumkan lebih 500.000 kit VR nya telah diedarkan ke seluruh dunia. Setelah hampir setahun dilancarkan, impaknya begitu besar, terdapat pelbagai inovasi baru telah muncul contohnya menerusi fungsi video 360 yang kini disokong oleh Youtube. Juga ditawarkan beratus aplikasi untuk penerokaan bercorak pendidikan dan hiburan. 


Google Cardboard juga disertai pelbagai pembuat kit yang kreatif seperti Knox Labs dan Mattel. Terdapat pelbagai pilihan rekabentuk kini, membuktikan ianya mendapat sambutan menggalakkan daripada pengguna.

Sertai komuniti Google Cardboard  di Google+

Penggunaan di bilik darjah
Penggunaan VR di bilik darjah boleh diaplikasikan dalam matapelajaran geografi, sejarah, sains dan mana-mana subjek dirasakan sesuai (berdasarkan kandungan). Penggunaan video 360 secara VR dalam subjek geografi sebagai contoh membekalkan pengalaman dan akses ke kawasan mukabumi lebih luas secara 3 dimensi seolah oleh kita berada di kawasan tersebut.  

Namun, cabaran penggunaan di kelas masih tertumpu kepada kos sebenarnya. Memang untuk kit VR ini harganya sekitar RM20 dan kebanyakkan aplikasi ditawarkan secara percuma. Namun, setiap kit memerlukan telefon pintar dipasang bersamanya, dengan saiz sekitar 4.5 inci serta paparan 300ppi keatas untuk kualiti yang baik. Kelajuan internet yang disarankan adalah 2 Mb/s keatas untuk penerokaan video yang lancar. 

Sudah tentu penggunaan VR di dalam kelas mampu memberi pengalaman menyeronokkan buat pelajar. Gabungan teknologi baru seperti Augmented Reality (AR) bersamanya juga bakal menyaksikan dunia VR lebih meriah dengan inovasi-inovasi terkini.



Dibawah disenaraikan 4 video 360 menarik yang mesti dicuba bersama Google Cardboard. 





Dimana saya boleh dapatkan Google Cardboard? 
Anda boleh dapatkan pelbagai jenama serasi Google Cardboard di mudah.my dengan harga serendah RM18. Harga boleh dirunding berdasarkan jumlah tempahan. Selain itu anda juga boleh ke laman rasmi  Google Cardboard untuk tempahan Google Cardboard atau  pelbagai jenama serasi Google Cardboard menggunakan kad kredit. 

Cara-cara menggunakan Google Cardboard



Muat turun aplikasi Google Cardboard





{ 1 ulasan... read them below or add one }

- Copyright © Cikgu Razif -C2R Official Blog- Powered by Blogger - Designed by razxxf -