Posted by : Cikgu Siber Selasa, 29 September 2015



Majlis Penyampaian Hadiah Liga Remaja Kreatif 2015 Peringkat Kebangsaan dirasmikan oleh Timbalan Menteri KKMM, YB Dato' Jailani Johan di Cyberjaya.

LRK2015 merupakan satu pertandingan kandungan terbitan tempatan terbaik meliputi dua peringkat iaitu peringkat negeri dan peringkat kebangsaan. Dilancarkan pada 27 Februari 2015, pertandingan ini turut mendapat sokongan dari Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM), Telekom Malaysia dan Media Prima dengan bertemakan ‘Inovasi Jalur Lebar – Gaya Hidup Digital Malaysia’.

Liga Remaja Kreatif pada tahun ini telah mencipta sejarah tersendiri kerana satu kategori baru telah diperkenalkan iaitu Raspberry Pi & Arduino. Penyertaan telah dihantar secara atas talian sepenuhnya dan menerima sebanyak 4,223 penyertaan. Sebanyak 646 buah sekolah menengah telah menghantar penyertaan di peringkat negeri. Johan bagi peringkat negeri telah mewakili negeri masing-masing untuk bertanding di peringkat kebangsaan.

Berikut merupakan senarai pemenang bagi edisi yang ke-5 ini.

Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak menjadi johan untuk kategori video dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000, trofi dan Iphone 

SMK Bandar Kuching No.1, Sarawak mendapat naib johan untuk kategori video dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM7,500, trofi dan Iphone

SMK Cherang Ruku, Kelantan mendapat tempat ketiga untuk kategori video dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000, trofi dan Iphone

SMKA Segamat, Johor mengungguli Kategori Portal Internet Terbaik. Mereka membawa pulang wang tunai RM5,000, trofi dan Iphone

Pelajar MRSM Transkrian, Pulau Pinang mengungguli Kategori Raspberry Pi & Arduino Terbaik. Mereka membawa pulang wang tunai RM5,000, trofi dan Iphone

Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah, Sarawak mengungguli kategori aplikasi mudah alih terbaik dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000, trofi dan Iphone


Kesemua pemenang bergambar kenang-kenangan

Kami di Cikgu Siber mengucapkan tahniah kepada semua pemenang. Teruskan berkarya dan berinovasi walaupun telah meninggalkan bangku persekolahan. Berikut pula merupakan karya-karya yang telah memenangi kategori Video. 




Baca laporan oleh Harian Metro
Baca laporan oleh Bernama

{ 1 ulasan... read them below or add one }

- Copyright © Cikgu Razif -C2R Official Blog- Powered by Blogger - Designed by razxxf -