- Back to Home »
- dts »
- Program Rintis Digital Tech @ Schools (DT@S)
Posted by : Cikgu Siber
Ahad, 9 Ogos 2015
Sekolah-sekolah rintis terdiri daripada 24 sekolah rendah dan menengah terdiri daripada pelbagai jenis kategori sekolah seluruh negara. Ianya dipilih berdasarkan penarafan bintang sekolah dalam skor standard sekolah bestari (SSQS) serta keupayaan pentadbir dan guru untuk melaksanakan program ni disamping saranan oleh JPN masing making.
Program rintis bermula pada Ogos 2015 sehingga Februari 2016. Ianya melibatkan pelaksanaan modul khas, lawatan pasukan perunding serta pemantauan daripada MDeC dan KPM. Objektif utama adalah untuk menerapkan kemahiran computational thinking melibatkan domain teknologi, tanggungjawab masyarakat digital dan kognitif, yang mana kemahiran kemahiran ini boleh digunakan merentasi kurikulum. Ianya seiring dengan pelan serta hasrat dalam PPPM yang telah dilancarkan.
Program ini akan menentukan pelaksanaan program baru dengan nama Asas Sains Komputer (ASK) menggantikan program ICT Literacy (ICTL) pada 2017. Sebelum ini ICTL hanya program tingkatan 1 dan 2, tetapi untuk ASK pelaksanaan kepada pelajar tingkatan 1-3, dan mungkin dilanjutkan kepada tingkatan 4-5 sebagai subjek elektif wajib pada 2020.
Program ASK ini akan menyambut pelajar daripada sekolah rendah yang telah diperkenalkan sulibus persediaan melalui program Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK) dan CT menerusi subjek Bahasa Inggeris. Kumpulan itu telah memasuki tahun kedua (darjah 5 sekarang) dan dua tahun lagi akan memasuki tingkatan 1 pada 2017.

Bagi pelajar tingkatan 1 dan 2, sebelum ini dalam program ICTL mereka hanya melajar menggunakan aplikasi asas seperti MS Word, Excel, Powerpoint, pengenalan Internet dan sedikit asas pangkalan data. Dalam ASK pelajar akan diberi pengetahuan asas mengenai ilmu Sains Komputer sebenar. Mereka akan didedahkan dengan konsep yang lebih advanced.. Modul pengaturcaraan akan diperkenalkan dengan asas pembangunan permainan, animasi dan aplikasi.
Pendekatan Sains Komputer ini menceduk program yang dilaksanakan di UK dimana mereka menjadikan matapelajaran Sains Komputer sebagai matapelajaran teras wajib mulai 2013. Ianya seiring dengan cabaran dunia digital semasa dimana setiap manusia akan terdedah dengan teknologi setiap hari. Oeh itu wajar untuk pelajar memahami bagaimana dunia digital bergerak dan prinsip dan teknologi sebaliknya.
3 hari di Hotel Seri Pacific secara intensif, guru diperkenalkan dengan modul khas yang mengandungi 9 kemahiran berfikir secara komputasional dan penggunaan aplikasi Scratch secara bimbingan. Program latihan 3 hari kendalian MDeC ini dibantu oleh ARUS Academy dan pasukan sukarela dari Microsoft Malaysia.

Harapan dari program ni kita akan lahirkan modal insan pencipta, bukan lagi pengguna. Ia juga akan penyediakan pelajar untuk cabaran masa depan digital dimana data menjadi dominan dan akan wujud perkerjaan-pekerjaan baru. Nantikan catatan seterusnya mengenai kemaskini pelaksanaan projek rintis Digitaltech@school.
Pasukan pelaksana projek rintis Digital Tech @ School DTS
Sebarang penyalinan artikel ini hendaklah dikreditkan kembali ke blog ini. Terima kasih kerana berkunjung ke sini.