Posted by : Cikgu Siber Rabu, 12 Ogos 2015


Pihak Microsoft sebelum pelancaran Windows 10 mengumumkan bahawa produk baru mereka akan menyokong gajet dengan skrin sekecil 4 inci sehinggalah sebesar televisyen dan smartboard. Mereka juga mengumumkan akan menyokong peranti Internet-of-Thing (IoT) seperti Raspberry Pi (versi terkini) dan sebagainya.


Raspberry Pi merupakan satu papan litar tunggal yang menyediakan kawalan kepada peranti berhubung. Ia digunakan untuk pembelajaran asas sains komputer dan juga rekacipta. Terdapat beberapa perisian yang mengoperasikan peranti ini sebelum ini seperti NOOBS dan Rapsbian.


Setelah melancarkan Windows 10 secara rasmi pada 27 Julai, mereka seterusnya mengumumkan Windows 10 IoT Core untuk beberapa jenama papan litar tunggal. Penyertaan Windows dalam arena peranti berhubung dilihat amat baik memandangkan penggunaan Windows yang amat luas.  
Untuk pembangun projek, anda boleh ke Hackster untuk melihat pelbagai idea oleh komuniti terdiri daripada pereka muda dan profesional.

Sumber: Windows

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Cikgu Razif -C2R Official Blog- Powered by Blogger - Designed by razxxf -