Posted by : Cikgu Siber Khamis, 6 Ogos 2015

Saya terlepas bengkel kerja VLE peringkat negeri  pada tahun ini atas masalah kesihatan anak bongsu saya. Saya wakilkan rakan saya untuk menyertai program tahunan tersebut. 


Menurut sahabat saya, antara perkara baru yang dikongsi dalam program tersebut adalah sebuah aplikasi web Kahoot! oleh Cikgu Adilah. Kahoot! merupakan satu aplikasi kuiz online dibina untuk menjadikan sesebuah kelas lebih interaktif.


Guru hanya perlu membina kuiz di https://create.kahoot.it. Anda boleh membina kuiz baharu atau boleh memilih untuk menggunakan hampir 3 juta kuiz yang telah dibina oleh komuniti. Kemudian guru akan berkongsi nombor pin yang dibekalkan. Seterusnya, pelajar akan memasukkan nombor pin kuiz tersebut menerusi peranti seperti komputer, tablet atau telefon pintar yang mereka miliki melalui alamat https://kahoot.it/.


Paparan tunggal dihadapan bertindak sebagai monitor utama aktiviti kuiz sesuatu kelas. Ianya akan memaparkan soalan kuiz dengan pelbagai jenis media. Pelajar pula akan menjawab dengan paparan pada peranti yang mereka miliki. Pelajar akan diberi mata bagi jawapan yang betul dan pelajar akan ditunjukkan ranking keseluruhan peserta. Selain kuiz ia juga sesuai dijadikan satu alat untuk soal selidik. Satu aplikasi yang harus dicuba.





Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Cikgu Razif -C2R Official Blog- Powered by Blogger - Designed by razxxf -