- Back to Home »
- vle »
- Jelajah VLE - Satu Perkongsian
Posted by : Cikgu Siber
Jumaat, 3 April 2015
SMK Sultan Tajul Ariffin merupakan hanya satu-satunya sekolah menengah kebangsaan yang ada di kawasan mukim Manong. Terletak kira-kira 30KM dari bandar diraja Kuala Kangsar, kebanyakan 600 pelajarnya datang daripada keluarga yang berpendapatan rendah.
Pada 29&30 Mac 2015, Pasukan Frog Student Champions telah bergerak masuk ke kampung-kampung sekitar Manong untuk mempromosikan penggunakan FROG VLE dalam kalangan ibubapa. Kami memilih 5 tempat panas yang menjadi tumpuan utama masyarakat. Berbekalkan 5 buah laptop, satu set sistem audio, serta 2 zoom milik sekolah, 12 pelajar bergerak secara roadshow bertungkus lumus memasang khemah dan bunting untuk memperkenalkan Frog VLE kepada masyarakat.
Hari kedua kami mengadakan aktiviti bersama dengan komuniti Masjid Kampung Ulu Piol sempena Majlis Maulidurasul. Kehadiran yang ramai menyebabkan kami memilih untuk berkunjung kesana. Pada petang sebelumnya kami mengadakan satu sesi bengkel pengenalan kepada Frog VLE. Kemudian booth dibuka sehingga kemalam untuk dikunjungi.
Walaupun sambutan daripada komuniti pada tahap sederhana, tetapi pasukan Frog Student Champions SEMESTA STUDIO terbukti melakukan tugasan mereka dengan cemerlang. Mereka telah memperolehi satu pengalaman yang berharga, suatu yang tidak dapat dilupakan dalam diari hidup. Walaupun usaha ini tidak seberapa namun, sekurang-kurangnya ianya telah memperkenalkan jenama Frog VLE kepada masyarakat.