Posted by : Cikgu Siber Khamis, 2 April 2015

Bahagian 4 - Perisian Penyuntingan - Mana satukah pilihan anda?

Sepanjang berkecimpung dalam produksi video pelajar, Corel VideoStudio merupakan pilihan saya. Saya menyarankan perisian ini kepada pelajar dan memberi tunjuk ajar untuk mengendalikan perisian ini kepada mereka. Versi x6 mempunyai antaramuka yang mesra bagi pembikin video amatur seperti mereka. Selain itu, bagi yang masih baru dalam bidang ini, Windows Movie Maker pun sudah memadai. Namun, jika anda mahukan kesan tambahan pada video mulalah dengan belajar sedikit demi sedikit perisian-perisian tertentu seperti Adobe Primiere, Power Director mahunpun After Effect. Dibawah saya senaraikan beberapa perisian Video Editing yang boleh anda cuba.

Corel VideoStudio dahulunya dikenali sebagai uLead VideoStudio. Setelah pengambilalihan oleh Corel, mereka banyak melakukan inovasi dengan pengenalan pelbagai ciri baru setiap versi. Saya menyukai VideoStudio kerana ia mudah digunakan dan memiliki ciri-ciri penyuntingan video yang saya inginkan. Setiap fungsi dapat saya akses dengan mudah tanpa merujuk kepada tutorial mahupun manual, Versi baru ini mempunyai ciri Motion Tracking dan pembikin Stop Motion yang pasti menagih kreativiti daripada anda. Ianya menyokong ouput sehingga 4K (Ultra HD) dan kebolehan membina video interaktif HTML 5. Versi baru x7 dan x8 telah pun dilancarkan namun saya masih menggunakan x6, belum berkesempatan menggunakan kedua-dua versi baru ini. 




Perisian ini amat berkuasa, mesra pengguna dan mempunyai banyak pilihan templat bagi kesan transisi, kesan khas, teks, dan sebagainya. Apa yang saya gemarkan perisian ini adalah fungsi untuk mengubah track video berserta track suara dengan lekatan yang cekap. Power Director yang terkini adalah versi 13 ditawarkan dengan harga yang rendah berbanding jenama-jenama lain dipasaran. Cyberlink menawarkan laman latihan percuma dan mempunyai komuniti pengguna yang besar. PowerDirector’s Theme Designer merupakan satu fungsi yang anda harus cuba bagi yang mahu menguji perisian ini. 



iMovie ditawarkan oleh Apple untuk dijalankan atas platform iOS dan juga OS X. Ramai pelajar dilihat mempunyai iPad mereka sendiri, hadiah daripada ayah kerana mendapat keputusan cemerlang dalam PT3. Anda boleh mencuba iMovie untuk melakukan suntingan tanpa desktop. iMovie mempunyai antaramuka yang mudah digunakan, fungsi trim & take video yang pantas dan yang paling penting ianya menyeronokkan. Diatas platform Apple juga, anda juga boleh mencuba Final Cut Pro X bagi gajet yang menjalankan OS X. Final Cut Pro merupakan perisian video editing yang paling popular digunakan oleh golongan profesional didunia.  



Sewaktu mengambil kursus semester berjudul Penyuntingan Video Digital sewaktu menuntut di USM, pensyarah saya menyarankan semua pelajarnya menggunakan perisian ini kerana menurut beliau, ianya mudah dan mempunyai ciri-ciri sempurna bagi sebuah perisian penyuntingan. Saya hanya pernah mencuba versi pada 2008 dan tidak pernah mencuba versi terkini perisian ini. Sewaktu mencuba pada kali pertama memang tidak dinafikan ianya amat mudah dan ringkas. Namun, pada ketika itu saya lebih menyukai Adobe Premiere yang lebih canggih kononnya. Namun, setelah berkerjaya dan berkeluarga, saya mendapati menggunaan perisian yang ringkas lebih menjamin masa yang efektif dan kurang memeningkan kepala. 



Adobe Premiere merupakan standard perisian yang diajar di kebanyakan kursus di intitusi-intitusi pendidikan di dunia. Bagi pelajar yang berminat melanjutkan pelajaran dalam bidang ini, berkemungkinan besar anda akan bertemu jodoh dengan sosok ini. Adobe Premiere Pro CC merupakan versi terkini daripada Adobe. Adobe Premiere dapat diintergasikan dengan mudah dengan Adobe AfterEffect. Adobe Premiere merupakan sebuah perisian yang berkuasa dan menjadi peneraju kepada industri produksi video dari dahulu hingga sekarang. 



Dengan melihat video akhir hasilan pelajar, saya sudah dapat menjangkakan ianya dibikin menggunakan perisian ini. Windows Movie Maker merupakan perisian yang amat mudah dikendalikan dan kesannya amat terbatas. Bagi pendatang baru yang mahu menjebak diri dalam bidang ini, cubalah perisian ini sebagai latihan asas sebelum anda mencuba perisian lain yang lebih canggih. Windows Movie Maker ditawarkan secara percuma oleh Microsoft bersama pakej Windows. 



AfterEffect merupakan perisian kesan khas yang paling canggih didunia. Kebanyakan filem fiksyen dan aksi dari Hollyword menggunakan perisian ini. Terdapat begitu banyak sekali sumber rujukan dan tutorial untuk pelbagai teknik. Anda boleh memuat turun project files untuk anda cuba sendiri di Video Copilot. Untuk menguasai teknik dengan baik anda mestilah memahami konsep masking, effect control dan particle. Pihak Adobe juga menawarkan diskaun bagi guru dan pelajar yang mahu mendapatkan lesen penggunaan perisian ini. Untuk kesan khas, anda juga boleh mencuba Vegas Pro daripada Sony yang mana lebih mudah dikendalikan.



8. Percuma vs Berbayar
Tidak dinafikan untuk perisian yang mempunyai fungsi yang canggih, anda perlu membayar harga tertentu. Adakah selamanya anda akan menggunakan perisian percuma daripada Microsoft? Atau hanya menggunakan versi percubaan yang terhad masa penggunaan dan fungsi?  Anda sudah pasti tidak mampu membayar RM315 untuk mendapatkan lesen penggunaan bagi sebuah Corel VideoStudio x8. 

Memahami masalah kos kepada pelajar, saya kira tidak salah sekiranya anda memulakan dengan perisian yang telah dicrack. Bukan niat untuk mempromosi cetak rompak, namun sekiranya kemampuan menjadi penghalang untuk anda mengembangkan bakat dan kreativiti, saya berpendapat status anda sebagai pelajar sekolah menengah dapat 'menghalalkan' aktiviti ini, dengan syarat anda berniat dan bertekad untuk mendapatkan versi original setelah anda mempunyai sumber pendapatan meningkat dewasa kelak. 

Sekian sahaja daripada saya kali ini, nantikan artikel terakhir yang menyentuh aspek hakcipta, undang-undang dan sebagainya. 



Nantikan
Bahagian 5 - Penerbitan, hak cipta dan pematuhan undang-undang

Sebarang penyalinan artikel ini hendaklah dikreditkan kembali ke blog ini. Terima kasih kerana berkunjung ke sini.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Cikgu Razif -C2R Official Blog- Powered by Blogger - Designed by razxxf -