- Back to Home »
- berita »
- LinkedIn mengambilalih Lynda.com pada nilai USD1.5 billion
Posted by : Cikgu Siber
Jumaat, 10 April 2015
Lynda.com merupakan salah satu platform pembelajaran dalam-talian yang lebih memfokuskan kepada tutorial dalam bidang kreatif terutamanya melibatkan kemahiran perisian-perisian popular, tutorial teknologi, tutorial pengurusan serta perniagaan,dan sebagainya. Mereka menggunakan media video sebagai wadah utama penyampaian bahan pengajaran melibatkan pakar-bakar dalam bidangnya.
LinkedIn, satu laman sosial yang memfokuskan kepada golongan professional dan bekerjaya mengumumkan pengambialihan Lynda.com ini pada nilai mencapai USD 1.5 bilion. Mereka mengatakan selain membekalkan maklumat terkini mengenai Lynda.com, ia akan memberi manfaat kepada pengguna mereka untuk menambah kemahiran yang berguna dalam usaha mengembangkan profesyen mereka, serta menawarkan peluang-peluang perkerjaan baru menerusinya. Mereka juga dijangka mengintergasikan perkhidmatan mereka dengan fungsi yang ditawarkan menerusi platform pembelajaran ini.