- Back to Home »
- inovasi web , mobile apps »
- Telegram - Fungsi baru Hashtags, Mentions, Replies & Forward
Posted by : Cikgu Siber
Jumaat, 20 Mac 2015
Bulan lalu saya menulis mengenai sejarah ringkas dan ciri-ciri Telegram. Semalam Telegram sekali lagi memperkenalkan beberapa ciri untuk memudahkan penggunaan aplikasi ini. Telegram sedar akan popularitinya dalam pengurusan organisasi. Oleh itu mereka menawarkan ciri-ciri baru ini dalam versi terbarunya Telegram 2.10.
Sekolah saya telah sebulan menggunakan Telegram secara serius dan menjadikannya sebagai platform utama berkongsi maklumat dan fail. Saya namakan dengan "Pengumuman dan Urusan Rasmi" serta meletak logo sekolah sebagai tanda pengamalan kumpulan. Nama sebegitu sengaja dipilih agar ahli tahun akan hasrat serta tujuan kumpulan ini diwujudkan semata-mata untuk tujuan urusan rasmi organisasi. Untuk tujuan lain, mungkin mereka boleh menggunakan laman Whatsapp yang lebih 'meriah'.
Namun apa yang membingungkan adalah kelemahan sistem mesej berkumpulan kerana ianya sangat linear dan anda perlu menatal keatas untuk mencari maklumat-maklumat tertentu. Ianya agak menyusahkan kerana setiap pengumuman yang ditulis diselangi dengan pelbagai perbualan-perbualan yang kadangkala tidak berkaitan dengan isu.
Saya merasakan masalah ini berlaku kepada semua organisasi yang mahu menggunakan aplikasi ini secara profesional. Oleh itu Telegram telah memperkenalkan fungsi-fungsi berikut:
Hashtags
Hashtags amat popular penggunaan di Twitter sebagai 'bookmarks' sesuatu isu. Telegram membawanya ke sini untuk memudahkan sebarang tandaan agar sesebuah isu lepas dapat dijejak. Untuk organisasi sekolah misalnya, setiap pengumuman penting mungkin boleh ditanda dengan #pengumuman dan dikuti dengan maklumat yang ingin disampaikan. Sebagai contoh saya letakkan pengumuman seperti dibawah.
#pengumuman Perhatian kepada semua guru, anda boleh mengemaskini aplikasi Telegram dengan versi terkini untuk menikmati ciri-ciri baru yang akan saya war-warkan dalam meyuarat guru Khamis nanti.
Ini bermakna apabila sesorang guru melakukan carian pada fungsi Search, anda boleh terus melihat barisan-barisan pengumuman yang telah dibuat dengan menaip #pengumuman.
Mentions
Staf di sekolah selalunya memuat naik salinan surat berformat pdf yang dimuat turun dari portal JPN atau KPM. Bersama laporan surat ini dinyatakan untuk perhatian sipulan-sipulan. Namun, apabila perbualan begitu panjang, isu ini akan terlepas pandang. Untuk menyelesaikan masalah ini Telegram memperkenalkan fungsi Mentions. Ini bermakna jika sesuatu surat perlu ditujukan kepada sesorang, maka si penghantar tersebut perlu menghantar fail dan meletakkan teks "untuk perhatian @Cikgu Azli @Cikgu Halim". Kemudian kedua-dua individu ini akan menerima notifikasi daripada sistem untuk memaklumkan kepada mereka.
Replies
Menerusi fungsi baru Replies anda akan dapat memberi maklumbalas mengenai sesuatu isu yang ditimbulkan. Mungkin anda sudah biasa dengan ciri-ciri pada laman forum. Ianya akan memudahkan kita memahami sesuatu jawapan balas itu dibalas untuk isu apa. Ianya memudahkan anda tanpa hanya melihat perbualan yang tidak terurus.
Forward with comments
Telegram sebelum ini telahpun membenarkan sebarang mesej dibawa kedepan terus kepada pihak lain menerusi fungsi Forward kecuali untuk fungsi Secret Chat. Melalui pengamalan fungsi baru, sebarang mesej yang dibawa kedepan kepada pihak lain akan boleh disertakan komen pada bahagian bawahnya. Fungsi ini memudahkan anda memasukan ulasan tambahan kepada sesuatu teks, media atau fail yang dibawa kehadapan.
Keempat-empat fungsi ini telah menyelesaikan beberapa isu yang saya dan seluruh komuniti hadapi berkaitan khidmat permesejan. Mungkinkah penyedia lain seperti Whatsapp atau Line akan mengikuti langkah ini? Sama-sama kita nantikan.
SEBARANG PENYALINAN ATAU PENYIARAN ARTIKEL DARI BLOG INI ADALAH DIBENARKAN DENGAN SYARAT HENDAKLAH DIKREDITKAN ATAS NAMA BESTARIPROJECT SERTA PAUT KEMBALI KE HALAMAN INI. TERIMA KASIH DIUCAPKAN.