Posted by : Cikgu Siber Ahad, 22 Mac 2015


Sahabat saya dalam gerakan ini, Cikgu Halimhusairy telah menggunakan aplikasi Teacherkit di iPhone miliknya untuk menguruskan segala hal berkaitan murid. Beliau ada mempromosikan kepada saya awal tahun lepas dan mengatakan betapa membantunya aplikasi ini. Pada tahun ini, beralih ke platform iOS, saya mengikuti jejak langkahnya -memanfaatkan aplikasi ini untuk pengurusan di bilik darjah. 

Melalui perkongsian dengan beliau saya terangkan serba sedikit beberapa fungsi dan kegunaan aplikasi ini. 


Pengurusan kelas
Melalui aplikasi ini, anda boleh memasukkan data seberapa banyak kelas yang anda ajar. Fungsi ini membenarkan anda mendaftar nama kelas, memasukan penerangan kelas serta anda boleh mengekspresikan kelas dengan gambar profail kelas yang menarik. 





Pengurusan Murid
Melaluinya juga, jika anda seorang guru kelas,anda boleh menanda kehadiran murid dan melihat statistik kehadiran pelajar kelas tersebut. Jika anda guru matapelajaran, anda dapat menguruskan sikap/tingkahlaku serta melakukan analisis markah peperiksaan  mereka. Anda boleh menganalisis segala berkaitan murid dengan kad laporan yang kemas. 









Laporan yang mantap
Untuk versi percuma, laporannya lebih ringkas dengan fungsi yang terhad. Anda boleh mendapatkan aplikasi premium untuk sistem laporan pelajar yang canggih. Namun, bagi saya, laporan sedia ada (versi percuma)  sudah memadai. 






Koordinasi pelajar di kelas menerusi Seating Chart
Teacherkit memaklumkan guru boleh menyusun pelajar dengan kedudukan sebenar di kelas, namun kami belum menggunakan lagi aplikasi ini. Mungkin anda boleh mencubanya sendiri.




Menyokong Windows 8
Bagi guru yang kurang selesa degan paparan kecil pada gajet pintar, anda boleh mencuba versi Windows. ianya boleh dipasang di PC, laptop ataupun tablet yang mengoperasikan perisian Windows 8. Data-data daripada gajet pintar boleh dieksport ke platform lain dengan fail CSV. Anda juga boleh melakukan sandaran (back-up) dengan akses kepada aplikasi Dropbox. 




Intergrasi Student Callout by Teacherkit
Aplikasi tambahan ini membolehkan anda memilih pelajar secara rawak untuk menjawab soalan ataupun penentuan giliran persembahan. Ianya boleh dimuat turun berasingan dan boleh diakses melalui aplikasi TeacherKit sendiri. Data akan diintergarasi terus dengan data pada TeacherKit. 



Dibawah dipaparkan video promosi untuk Teacherkit. TeacherKit ditawarkan untuk platform iOS, Android dan Windows. Selamat mencuba. 







Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Cikgu Razif -C2R Official Blog- Powered by Blogger - Designed by razxxf -