- Back to Home »
- vle »
- 6 konsep utama Frog VLE - Pengenalan
Posted by : Cikgu Siber
Ahad, 22 Mac 2015
Dalam model rekabentuk instruksi Dick & Carey (2001) menyatakan, pembangun instruksi perlulah mengenalpasti langkah yang perlu dilakukan untuk capai matlamat serta kenalpasti tingkahlaku masukan (entry behaviors) untuk memulakan pengajaran. Dalam mengajaran subjek yang memerlukan kemahiran tertentu dalam teknologi seperti latihan penggunaan Frog VLE, tahap kemahiran dan sikap guru perlu diteliti terlebih dahulu. sebelum sesuatu instruksi direkabentuk.
Pendapat saya, untuk memudahkan latihan kepada guru, mereka haruslah diasingkan kepada beberapa kumpulan mengikut tahap penguasaan mereka terhadap ICT. Tahun lepas saya bersama rakan telah melatih hampir 200 guru cemerlang dari tiga daerah menggunakan platform ini dalam satu sesi bengkel bertempat di Balllroom Hotel Taiping Perdana.
Latihan dijalankan selama 2 hari dengan kesemua peserta dari pelbagai tahap kemahiran. Melalui permerhatian, terdapat guru yang ketinggalan kerana mereka tidak mempunyai tahap penguasaan yang baik terhadap ICT. Juga terdapat guru yang tidak lagi fokus dengan melakukan perkara lain menerusi Internet.

Agak sukar untuk mengajar guru yang lemah pengusaannya dan terdapat guru-guru muda yang lebih cekap kemahirannya dilatih didalam satu 'padang' yang sama. Kerana itulah pentingnya satu analisis perlu dijalankan sebelum sesi kelas dimulakan. Kumpulan yang lemah penguasaannya perlu diberi lebih tumpuan dan pendekatan yang berbeza.
Seingat saya pada tahun tahun lepas telah dijalankan ujian literasi oleh Microsoft Malaysia berkenaan literasi komputer, namun saya tidak pasti data itu untuk tujuan apa dan bagaimana cara untuk mengakses kepada data tersebut.
Adakah sistem latihan yang kita berikan selama ini cukup memberi kesan kepada guru?. Three sides of Needs Assessment (Smith & Ragan, 2005) dalam teorinya menyarankan jika pembelajaran tidak berlaku semasa proses pembelajaran baik dirombak kaedah penyelesaiannya (solution) dengan penggunaan teknologi yang lebih baik.
Video tutorial yang dibekalkan oleh Frogasia Training bagi saya amat membantu. Namun, ianya sekian lama tidak dikemasini, masih lagi memaparkan aplikasi versi lama 2012. Selain itu, saya melihat elemen motivasi penting dalam mengekalkan fokus guru agar terus kekal mengikuti pembelajaran.
Untuk mengaplikasikan Frog VLE kepada pelajar, guru harus menguasai terlebih dahulu dan arif mengenai alat yang digunakan. Pelajar juga harus mahir dalam beberapa bab tertentu. Persoalannya, sejauhmanakah pembangun sistem ini dapat memasukkan elemen yang menggalakkan motivasi guru dan pelajar? Dan sejauhmanakah usaha Frogasia dan Kementerian Pelajaran Malaysia dalam usaha menggalakkan penggunaan platform ini kepada pendidik dan pelajar secara menyeluruh?
Saya berpeluang menggunakan aplikasi Sasbadi iLearn menerusi program Interaktif-Tuisyen Rakyat 1 Malaysia (iTR1M) pada 2013. Memberi panduan dan memantau perkembangan 60 peserta selama setahun, bagi saya Sasbadi telah berjaya menggalakkan motivasi pelajar dengan pengenalan ciri-ciri permainan interaktif dan pengenalan sistem token. Integrasi bersama pelajar sekolah lain menyebabkan pelajar bersaing untuk menunjukkan kebolehan masing-masing. Mereka menunjukan minat yang tinggi menggunakan sistem ini.
Berbalik kepada latihan penggunaan Frog VLE kepada guru, untuk mengajar guru yang pelbagai ragam dan karenahnya, pemahaman kepada konsep merupakan satu aspek terpenting. Saya dan rakan-rakan sedang mengkaji beberapa konsep utama yang harus dipelajari oleh seorang guru mengenai Frog VLE. Nantikan artikel seterusnya berkenaan dengan 6 konsep yang akan dicadangkan untuk memudahkann guru memahami Frog VLE dengan lebih baik.