- Back to Home »
- pertandingan , teknologi pengajaran »
- Hari Pertama National University Carnival on e-Learning (NUCEL 2015)
Posted by : Cikgu Siber
Isnin, 14 Disember 2015
Hari ini berlangsungnya National University Carnival on e-Learning (NUCEL 2015) di Dewan Utama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Kampus Sultan Azlan Shah, Tanjung Malim dengan tema 'e-learning for e-generation'. Karnival berlangsung selama 2 hari dengan pelbagai aktiviti seperti pameran & pertunjukkan, pertandingan, syarahan umum serta majlis penyampaian anugerah tokoh e-learning.
Hari pertama menyaksikan pameran produk inovasi e-pembelajaran dari pelbagai institut pendidikan tinggi awam dan swasta. Sebanyak 144 peserta memamerkan produk mereka di ruang pameran yang disediakan. Proses pengadilan untuk pertandingan juga dijalankan pada sebelah pagi untuk beberapa kategori.
Disamping itu, terdapat selingan cabutan bertuah menawarkan hadiah berupa produk eletronik. Bagi yang ingin berkunjung pada hari esok, pastikan anda mendaftar terlebih dahulu di kuanter pendaftaran untuk mendapatkan nombor bertuah anda.
Disamping itu, terdapat selingan cabutan bertuah menawarkan hadiah berupa produk eletronik. Bagi yang ingin berkunjung pada hari esok, pastikan anda mendaftar terlebih dahulu di kuanter pendaftaran untuk mendapatkan nombor bertuah anda.
Hari kedua esok akan menyaksikan sebuah syarahan umum oleh pengasas OpenLearning, Adam Brimo dengan tajuk 'Kreativiti & Inovasi Keusahawanan Tekno' pada jam 10 pagi. Pada petangnya pula, majlis penutup akan disempurnakan oleh Timbalan Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Mary Yap Kain Ching. Inshaallah dalam sesi penyampaiam hadiah, Blog Cikgu Siber akan menerima pengiktirafan atas kejayaan sebagai blog kependidikan ketiga terbaik kebangsaan.