- Back to Home »
- berita , perkongsian »
- Rakyat Malaysia membelanjakan purata 12 jam untuk Internet setiap hari
Posted by : Cikgu Siber
Sabtu, 12 Disember 2015

Pada minggu ini kita meyaksikan pendedahan menarik oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang mana menyaksikan perkembangan pesat kadar penggunaan Internet di Malaysia dan cabaran yang harus mereka tempuhi.
Data menunjukkan Malaysia mempunyai kadar penembusan kepada jalur lebar yang tinggi iaitu 72.2 % dengan pengguna aktif melebihi 19 juta dan 98% daripada mereka menggunakan laman sosial.
Rakyat Malaysia secara secara purata menghabiskan 3 jam 3 minit setiap hari untuk mengakses internet di telefon pintar, 5 jam 36 minit pada tablet atau komputer, dan 3 jam 27 minit pada perkhidmatan sosial.
Timbalan menterinya dalam pembentangan di Dewan Negara pada 8 Disember menyatakan menurut sebuah kajian antarabangsa, 12-15 daripada penggunaan Internet adalah untuk melayari laman pornografi. Data ini amat membimbangkan kerana di Malaysia, Internet kini mudah diakses oleh sesiapa sahaja termasuk remaja dan kanak-kanak.
Pihak kerajaan pada tahun ini telah mula giat menyekat laman web porno yang keterlaluan, namun mereka mengakui mustahil untuk mereka menyekat kesemua laman web yang mana menurut statistik semasa, 260 laman web lucah dibina setiap hari.
Bagi kami di Cikgu Siber, perkembangan penembusan jalur lebar yang semakin baik memberi manfaat yang besar kepada rakyat Malaysia, namun pendedahan yang berlebihan memerlukan pengguna bermuhasabah kembali mengenai pengurusan masa mereka.
Isu pornografi pula, langkah yang diambil kerajaan harus diberi pujian, namun apa yang penting adalah pendidikan. Pendedahan awal harus diutamakan untuk mengajar kanak-kanak mengenai etika di alam maya supaya mereka tidak tergelincir dari landasan yang betul serta pula menjadi mangsa penjenayah siber kelak.
Isu pornografi pula, langkah yang diambil kerajaan harus diberi pujian, namun apa yang penting adalah pendidikan. Pendedahan awal harus diutamakan untuk mengajar kanak-kanak mengenai etika di alam maya supaya mereka tidak tergelincir dari landasan yang betul serta pula menjadi mangsa penjenayah siber kelak.
Sumber: The Sun