Posted by : Cikgu Siber Sabtu, 28 November 2015


Apakah perkara yang paling menarik minat anda sewaktu menghadiri sesebuah majlis? Adakah ucapan berapi daripada orang kenamaan, atau sewaktu persembahan pentas oleh artis jemputan? Sudah menjadi amalan di Malaysia, sesebuah majlis akan meletakkan satu slot tayangan multimedia sebagai pelengkap agenda. Daripada majlis pelancaran sesebuah produk hinggalah majlis makan malam, tayangan multimedia merupakan saat penting yang dinanti-nantikan oleh kebanyakan tetamu (selain cabutan bertuah, haha).

Lazimnya, bagi tayangan sesebuah persembahan multimedia, ia akan mengambil masa antara 5-15 minit. Persembahan ini sudah tentu akan memberi kesan yang mendalam kepada sesebuah penganjuran sesebuah program. Ia juga menjadi penghubung antara pihak penganjur dengan tetamu yang hadir. Pesembahan yang baik bergantung kepada sejauhmana mesej dapat disampaikan dengan memanipulasi gabungan elemen multimedia seperti video, gambar, animasi, bunyi, dan teks.

Bagi membangunkan sesebuah tayangan bagi majlis rasmi yang besar, sudah tentu ia tidak boleh dipandang remeh. Bagi syarikat besar mereka sudah pasti akan mengupah produksi profesional luar bagi memastikan pesembahan yang menarik dan berkualiti. Manakala bagi pesembahan majlis biasa syarikat atau sebuah organisasi seperti sekolah, sudah tentu dikendalikan sendiri oleh unit ICT atau gabungan staf yang mempunyai kemahiran penghasilan persembahan multimedia.

Didalam tajuk ini, anda akan didedahkan dengan pengurusan sesebuah produksi multimedia, tips-tips penghasilan sesebuah persembahan multimedia yang baik serta teknik pengendalian perkakasan pesembahan. Saya akan menumpukan kepada pembangun amatur dan kesilapan-kesilapan yang kerap dilakukan oleh mereka.

Khas untuk para guru, pelajar sekolah, pelajar IPT serta pembangun amatur. Panduan ini hanya meliputi strategi pembangunan serta amalan baik pembangunan, tidak tertumpu kepada teknik teknikal penyuntingan kandungan persembahan. Nantikan 6 siri panduan yang akan disiarkan sepanjang Disember. 

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Cikgu Razif -C2R Official Blog- Powered by Blogger - Designed by razxxf -